May be an image of text that says 'America Africa Turkey Recovered 60,478,878 31,252,609 5,543,037 Indonesia 3,749,446 112,198 1,579 +26,911 +8,635 1,740,933 1,688,040 Philippines Bangladesh +39,931 +12,021 29,374 23,398 +10,420 1,320,547 +237 3,211,078 1,556,855 1,577,267 1,248,075 +13,313 1,075,816 World +17,973 37,055,916 +560,950 16,687,816 MALAYSIA YSIA MENCATA TKAN JUMLAH KEMATIAN BUKAN DITAHAP TERATAS DUNIA DAN BUKAN TERTINGGI DI ASIA Malaysia +42,541 1,320,547 +20,780 11,373 211 567,346 1,075,816 +17,973 233,356'

Secara amnya, kes harian merekodkan enam angka sudah pasti mengakibatkan kerisauan buat rata-rata rakyat di Malaysia. Mana tidaknya, jika dijangkitii wabak COVID-19 ianya bukan sahaja memberikan kesan sampingan berbulan lamanya malahan berisiko membawa kepada kematian. Kes baharu COVID-19 pada 11 Ogos 2021 mencatatkan 20,780 manakala kes sembuh sebanyak 17,973. Jika hendak dibandingkan, kes keseluruhan COVID-19 sebanyak 1,320,547 namun demikian kita seharusnya melihat keseluruhan aspek termasuk jumlah kes sembuh sebanyak 1,075,816 kes yang dicatatkan semalam.

Populasi penduduk dalam negara sebanyak 32.75 juta orang dan kes kematian dalam negara pula melibatkan 0.86% yakni dibawah 1% dan masih dibawah paras yang rendah. Amatlah tidak adil sekiranya kita hanya memandang kepada satu nombor sahaja sedangkan proses vaksinasi negara juga memberi impak kepada kes COVID-19 hari ini. Secara dasarnya, Malaysia bukanlah negara tertinggi mencatatkan jumlah kematian dalam Asia apatah lagi di dunia.

Kerajaan juga dilihat bertungkus lumus bagi memastikan yang terbaik buat negara di samping mengimbangi sektor kesihatan serta sektor ekonomi agar kekal terpelihara. Oleh demikian, kerajaan cuba mengatasi dengan mempergiatkan proses vaksinasi dalam negara dengan menambah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi memudahkan urusan penduduk luar bandar atau penduduk yang tidak mempunyai kemudahan seperti kenderaan selain memberi vaksin kepada penduduk Lembah Klang yang masih belum mendapat penjadualan secara ‘walk-in’ sahaja.

Perkara berikut dengan beberapa peruntukan dikeluarkan jelas menunjukkan usaha dari kerajaan bagi mengawal pandemik sekali gus bagi memutuskan rantaian COVID-19 pada hari ini. Namun begitu, sekiranya perkara ini hanya ‘bertepuk sebelah tangan’ tanpa kerjasama daripada rakyat sudah pasti merupakan satu usaha yang sia-sia sahaja.

Justeru itu, rakyat dinasihati sentiasa mengikuti SOP yang telah ditetapkan dan hanya keluar apabila mempunyai urusan penting sahaja. Selebihnya kekalkan lah berada di rumah demi nyawa sendiri dan keluarga tercinta kerana setiap seorang daripada kita sudah pasti merupakan seorang anak, pasangan dan sebagainya dalam hidup seseorang. Varian COVID-19 hari ini juga dilihat berkembang tanpa diundang, dengan varian Delta serta terkini varian Lamba yang amat mengerikan. Diharap dengan usahasama rakyat bersama kerajaan dengan pencapaian ‘herd immunity’ kelak, rantaian COVID-19 dapat diputuskan dengan segera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here