Bagi sesetengah pihak pembangunan yang pesat di Kuala Lumpur seperti tumbuhnya kondominium, pusat membeli belah mewah, pusat hiburan serta kawasan-kawasan kediaman elit di pinggir bandar ialah garis penunjuk negara maju menjelang tahun 2020. Antara contohnya adalah perubahan yang berlaku di kawasan perumahan di Bangsar menjadi kawasan elit ala Hollywood dengan bercambah tempat bersantai para selebriti di pusat hiburan menegaskan lagi status negara maju semakin hampir dalam genggaman kita.

Daripada apa yang sudah dicapai itu, nampaknya tidak sampai tahun 2020 pun kita sudah berada pada tahap yang baik bagi mencapai status negara maju mengikut definisi Barat. Antara yang digariskan ialah pencapaian ekonomi yang tinggi dipacu oleh kemajuan industri, teknologi yang akhirnya menjurus kepada peningkatan pendapatan perkapita warga negara.

Walau bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad menetapkan sasaran baharu untuk Malaysia menjadi negara maju dan contoh kepada dunia menerusi Wawasan 2025, lima tahun terlewat berbanding Wawasan 2020 yang diilhamkannya hampir 30 tahun lalu. Hal ini kerana sasaran baharu itu yang diletakkan itu adalah kerana Wawasan 2020 yang digariskan beliau ketika menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981 sehingga 2003, sudah tersasar daripada objektif asal.

Tun Mahathir telah mengubah sasaran baru untuk muncul sebagai negara maju pada tahun 2025

Oleh itu, bagi meneruskan langkah untuk membantu Malaysia mencapai status negara Maju pelbagai aspek perlu diberikan perhatian antaranya adalah dengan memastikan kerajaan melakukan penghematan dan penjimatan perbelanjaan negara. Segala pengeluaran dan perbelanjaan negara harus dipantau dengan baik agar negara tidak menghadapi defisit yang besar.

Apakah kelebihan serta manfaat yang akan kita kecapi apabila negara kita mencapai status negara maju pada suatu hari nanti? Sudah tentu kadar ekonomi negara akan terus berkembang maju sekaligus akan menggalakkan lebih banyak para pelabur asing untuk melabur ke dalam negara kita. Selain itu, ia juga akan membantu rakyat di dalam negara ini untuk meningkatkan lagi taraf hidup serta pendapatan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Negara maju akan menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi

Justeru itu, secara realistiknya negara kita sememangnya sudah berada di atas landasan yang baik untuk diiktirafkan sebagai sebuah negara maju. Namun, kejayaan tersebut akan lebih mudah untuk dikecapi sekiranya rakyat juga turut menyumbangkan tenaga serta sokongan kepada pihak kerajaan untuk kita dapat memperoleh kejayaan bersama-sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here