May be an image of 1 person and text that says 'Malaysia terima 2 juta dos vaksin dari Jepun, AS Arfin uhael Adnan 2021 24tpm laccine OVID-19 Jenis-jenis vaksin COVID-19 yang diperoleh Malaysia I Phzor Osteeeat SputnikV san LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA. vaksin Pfiger JAWATANKUASA KHAS JAMINAN lusa. VAKSIN COVID-1 UKJAV) MALAYSIA TERIMA SUMBANGAN SEJUTA DOS VAKSIN ASTRAZENECA DARI JEPUN DAN SEJUTA DOS VAKSIN PFIZER DARI AMERIKA SYARIKAT'

Malaysia akan menerima sejumlah sejuta dos Vaksin Astrazaneca dan sejuta dos Vaksin Pfizer pada 1&2 Julai nanti. Jepun telah memberi sumbangan Vaksin Astrazaneca dan Vaksin Pfizer pula adalah hasil sumbangan dari negara Amerika Syarikat. Sememangnya ini adalah sebuah berita baik buat negara kita yang pada ketika ini menghadapi masalah bekalan stok vaksin oleh kerana permintaan vaksin sangat tinggi oleh negara-negara maju di luar sana.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, sumbangan ini melambangkan keprihatinan kedua-dua kerajaan serta kepercayaan mereka terhadap negara kita dalam memerangi COVID-19 dan menyokong program imunisasi global bagi membendung wabak ini. Tambahnya lagi bekalan vaksin ini akan dapat memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan akan membantu Malaysia untuk capai nilai ambang seperti dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Lihat bagaimana usaha-usaha negara maju dalam membantu negara membangun seperti Malaysia, mereka sedar bahawa keperluan untuk segera memulihkan negara-negara seperti Malaysia agar dapat memulihkan dan merancakkan kembali ekonomi dunia. Selagi sesebuah negara itu tidak mampu mencapai kadar imuniti berkelompok, selagi itu ekonomi sesebuah negara akan terkesan teruk dengan pandemik COVID-19.

Kita berharap dengan kejayaan memperoleh bekalan-bekalan vaksin ini ianya akan memudahkan lagi usaha negara untuk mencapai sasaran imuniti berkelompok di dalam negara kita sebelum akhir tahun ini. Malaysia sangat menghargai dan amat berterima kasih kepada negara-negara luar yang sangat prihatin terhadap situasi COVID-19 di Malaysia. Semoga dengan usaha baik mereka ini dapat memudahkan segala urusan pihak kerajaan membendung wabak ini dengan sebaik mungkin agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan secepat yang mungkin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here