Sejak akhir-akhir ini, isu gejala yang tidak sihat semakin menular terutamanya dalam kalangan remaja. Antara Isu yang hangat diperkatakan ialah hubungan cinta dan hubungan sejenis atau lebih dikenali sebagai LGBT. LGBT atau juga dikenali dengan nama lain GLBT adalah merujuk kepada sekelompok  golongan yang mengamalkan cara hidup Gay, Lesbian, biseksual, dan transeksual.

Bagi orang beragama Islam dan selari dengan prinsip yang telah diamalkan oleh Kerajaan Malaysia, homoseksual adalah amalan kejantinaan songsang yang bermaksud berlawanan dengan amalan semula jadi. Ia juga bercanggah dengan semua agama tradisional. Apa yang disebut sebagai agama tradisional adalah merujuk kepada kepercayaan yang sedia ada pada ketika dunia telah menjadi semakin moden.

Oleh itu, adalah sangat wajar golongan LGBT ini terus ditentang oleh seluruh rakyat Malaysia dari bertapak di dalam negara ini. Golongan ini juga semakin hebat bersuara apabila menuntut agar mereka diberikan hak kesamarataan dan pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia. Mereka perlu faham penolakan terhadap golongan LGBT ini berlaku kerana gaya hidup songsang yang diamalkan golongan mereka bertentangan dengan norma masyarakat.

Mereka ini adalah antara pejuang LGBT yang lantang bersuara di negara kita

Fenomena penularan budaya LGBT ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada agama, individu serta masyarakat. Paling menyedihkan, semakin ramai umat Islam yang terlibat dengan gejala ini. Walhal, perkara ini bertentangan dengan pendirian Islam yang menentang gejala seperti ini. Dalam usaha untuk menangani gejala ini, kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara cabaran yang berat ialah terdapat sebilangan pihak yang menyokong pengiktirafan LGBT ini. Tanpa kita sedari, jika isu LGBT ini tidak ditangani dengan pantas dan cekap, ia akan mengganggu gugat kedudukan agama Islam selaku agama rasmi di Malaysia.

Oleh yang demikian, kepesatan perkembangan pengaruh LGBT dalam negara ini juga amat membimbangkan. Hal ini kerana ramai anak muda yang sudah terjebak dan terikut-ikut dengan aktiviti mereka. Gejala ini sangat memberi kesan kepada agama, negara dan masyarakat. Kegiatan dan aktviti yang mereka lakukan amatlah memalukan dan menjijikkan hingga ada antara mereka sudah berani mendedahkan gambar-gambar aksi bersama pasangan di facebook, twitter dan Instagram.

Beberapa perhimpunan telah dilakukan sebelum ini untuk mendesak kerajaan mengiktiraf LGBT di negara ini

Seseorang yang terlibat atau melibatkan diri dalam kancah LGBT ini ibarat terjun ke dalam sebuah kolam kotor yang sangat dalam dan sukar untuk naik semula. Begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada mereka yang menyertai gejala ini tanpa berfikir panjang. Malah ada antara mereka yang pandai berlakon. Waktu siang hari bekerja seperti biasa, dan pada waktu malam hari mereka “bekerja” sebagai pelayan di kelab-kelab malam atau di pusat-pusat hiburan.

Justeru itu, pihak kerajaan perlu lebih tegas dalam mencegah serta memerangi golongan LGBT ini dari terus bertapak di negara kita kerana  mereka  masih tertakluk dengan undang-undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan perkara itu diamalkan di Malaysia. Tindakan yang sewajarnya perlu diberikan kepada mereka yang bersalah supaya mereka tidak mempengaruhi masyarakat di negara kita khususnya golongan muda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here