Formula Satu (F1) merupakan sukan permotoran yang berprestij di dunia dan Malaysia turut berbangga mempunyai litar perlumbaannya sendiri iaitu Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Pada tahun 1999 merupakan kali pertama Malaysia menganjurkan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Dunia dan pada ketika itu kita telah mendapat pujian dari pelbagai pihak kerana ia telah dianggap sebagai antara penganjur terbaik sukan permotoran tersebut.

Pada ketika era Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, kejayaan untuk menjadi penganjur sukan berprestij tinggi itu merupakan satu kejayaan serta kebanggaan rakyat Malaysia. Para peminat sukan F1 sudah pasti akan mengambil peluang tersebut untuk melihat aksi-aksi pemandu bertaraf dunia pada ketika itu seperti Michael Schumacer, Nico Rosberg, Lewis Hamilton serta ramai lagi pemandu yang lain beraksi di depan mata mereka sendiri.

Lewis Hamilton merupakan antara pemandu yang berjaya di dalam pasukan yang ditaja oleh Petronas

Namun, Malaysia secara rasminya telah menamatkan penganjuran sukan permotoran tersebut di mana aksi terakhir di sana adalah pada 1 Oktober 2017. Perdana Menteri Najib Razak pada ketika itu telah mengumumkan keputusan untuk menamatkan kontrak penganjuran perlumbaan F1 tersebut atas faktor pulangan yang menurun kepada negara pada ketika itu. Keputusan tersebut telah diambil kira selepas meneliti laporan dan pandangan daripada Sepang International Circuit (SIC) mengenai impak kewangan acara F1 ini yang hanya memberikan kepentingan kepada pihak yang berkepentingan sahaja.

Kini, Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir telah mengumumkan hasrat beliau untuk meneruskan semula usaha untuk menganjurkan sukan permotoran tersebut di Malaysia. Ia sudah pasti keputusan ini akan memberikan sedikit kesan yang baik kepada negara kerana acara sebegini akan menarik minat ramai pelancong luar negara untuk datang ke Malaysia.

Michael Schumacer antara pemandu terkemuka dunia yang menjadi pujaan peminat di Malaysia

Jika kita perhatikan, reaksi rakyat terhadap pengumuman ini adalah tidak begitu baik dan ia seharusnya diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Mereka tidak berpuas hati kerana pelbagai bantuan kepada rakyat sebelum ini sudah dipotong atas faktor kekangan kewangan, tetapi apabila pengumuman oleh Perdana Menteri untuk menganjurkan sukan yang menelan belanja yang sangat tinggi ini mampu untuk diteruskan, rakyat merasakan diri mereka seperti telah ditipu dan dipergunakan.

Keputusan ini sudah pasti telah mengundang pelbagai reaksi dari ramai pihak di negara ini. Hal ini adalah sinonim dengan kebimbangan rakyat terhadap kos penganjuran sukan ini sudah pasti akan memakan belanja yang sangat besar. Secara tidak langsung dalam keadaan kewangan yang tenat pada ketika ini, rakyat beranggapan bahawa keputusan tersebut perlu dikaji semula.

Justeru itu, pendekatan yang paling baik untuk kerajaan kini adalah dengan sentiasa berjimat cermat untuk segera menyelesaikan masalah hutang negara yang tinggi pada ketika ini. Jika ingin membuat sebarang keputusan, sebaiknya perkara tersebut dinilai dengan sebaik mungkin kerana setiap keputusan yang tidak tepat dibuat sudah pasti kepercayaan rakyat terhadap kerajaan akan semakin terhakis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here