Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) telah lama dirancang sejak tahun 1974. Satu tempoh perbincangan yang cukup lama untuk melaksanakan MMC. Sebenarnya usaha untuk menubuhkan badan pengawalseliaan media bebas ini sudah lama diperjuang oleh pengamal-pengamal media tempatan. Ini adalah salah satu platform bagi mendukung standard kewartawanan, menaikkan tahap profesionalisme dan menyediakan ruang untuk arbitrasi aduan awam.

Cadangan yang dikemukan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo ini mungkin boleh berpandukan kepada majlis media di New Zealand di mana mereka akan menjadi jurucakap kepada rakyat apabila berlaku sebarang ketidakadilan terhadap media atau sebarang aduan terhadap media perdana berhubung pemberitaan.

Infografik berkenaan Majlis Media Malaysia

Begitu juga di Indonesia. Majlis media di sana merupakan platform rundingan antara kerajaan, media dan rakyat bagi setiap isu berbangkit. Namun Gobind Singh Deo perlu tahu satu perkara bahawa penubuhan MMC ini perlu bergerak berasaskan konsep yang dipacu oleh industri atau persatuan-persatuan media. Ia tidak boleh didorong oleh kerajaan.

Maka kebimbangan Tan Sri Johan Jaafar yang tidak bersetuju dengan penubuhan MMC ada kewajarannya. Beliau menyatakan bahawa MMC dimulakan oleh kerajaan dan bukannya industri sendiri. Ini bertentangan dengan ikrar PH untuk tidak menyekat kebebasan media.

Pengerusi Majlis Media Malaysia

CEO Malaysiakini, Premesh Chandran baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi MMC. Rasanya semua pihak sedia maklum bahawa akhbar Malaysiakini lebih berpihak kepada kerajaan. Maka bayangan kebimbangan Tan Sri Johan Jaafar itu sudah mula kelihatan. Adakah penubuhan MMC untuk memartabatkan kebebasan media Malaysia dapat dicapai?

Matlamat penubuhan MMC bukan sahaja untuk menaikkan taraf profesion kewartawanan, bahkan untuk memastikan tiada liputan yang berat sebelah. Apa yang pasti MMC ini akan memberikan kebebasan kepada media untuk menyampaikan maklumat namun masih berlandaskan pada undang-undang.

Lantikan ahli jawatankuasa MMC masih lagi baru. Mungkin MMC di bawah seliaan Premesh Chandran mampu memberi peluang kepada pengamal media untuk menyampaikan maklumat yang tidak berat sebelah. Rakyat perlu tahu keadaan isu semasa negara yang tidak berpihak kepada kerajaan mahupun pembangkang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here