Komik merupakan satu bentuk seni visual yang menggabungkan lukisan dan tulisan untuk menyampaikan cerita. Propaganda pula merupakan mesej-mesej tersirat yang bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran orang ramai. Apabila kedua-duanya digabungkan, ia boleh membawa kepada penjajahan minda kepada anak muda seperti pengedaran komik propaganda di 2,500 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) baru-baru ini.

Pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ ini diterbitkan pada April 2019 oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia berpangkalan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) Pulau Pinang. Ia dihasilkan oleh kurator muzium Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan, Chong Poh Ling yang bertujuan untuk menjelaskan kenyataan sejarah.

Pelukis komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan’, Tomato

Walau bagaimanapun, kandungan komik tersebut dilihat mengandungi unsur politik kerana melibatkan nama-nama seperti Tun Mahathir, Datuk Seri Najib Razak, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin politik negara ini. Malah, ia seperti mahu membawa dan mengajar tentang Inisiatif Jalur dan Jalan yang merupakan ideologi negara China kepada pelajar SMJK serta SJK di sekolah.

Kerana itulah komik propaganda sebegini tidak wajar diterbitkan dan disebarkan kepada sekolah-sekolah kerana ianya lebih bermotifkan politik dari pendidikan. Kementerian Pendidikan sepatutnya merangka satu panduan khas untuk bahan bacaan di sekolah supaya isi kandungannya berilmiah kepada pelajar sekolah dan tidak dipengaruhi dengan unsur-unsur sebegini.

Kerana itulah bahan bacaan sebegini sepatutnya ditapis oleh Kementerian Pendidikan dahulu bagi mengelakkan ianya dijadikan satu propaganda parti politik. Minda generasi muda tidak sepatutnya dicemari dengan agenda politik kotor dan menjadikan ianya satu proses pembelajaran. Lebih baik jika mereka menghasilkan komik sains atau sejarah yang memudahkan pelajar sekolah belajar dengan tulisan dan lukisan menarik.

Komik propaganda pernah menjadi medium propaganda ketika Perang Dunia ke-Dua

Oleh kerana itu komik propaganda ini hanyalah satu alat politik untuk meracuni pemikiran anak muda dengan agenda parti mereka sendiri. Apa yang lebih merisaukan adalah kandungan komik propaganda tersebut mempunyai ideologi dari negara luar untuk dibawa masuk ke negara ini.

Justeru, kerajaan harus memantau segala bahan bacaan yang dibawa masuk ke sekolah kerana generasi muda seperti pelajar sekolah tidak seharusnya digunakan untuk kepentingan parti politik. Komik propaganda juga tidak wajar digunakan dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia kerana ianya berpotensi untuk mencetuskan perselisihan faham dalam masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here