Dalam sidang akhbar bersama media di Semenyih semalam, Muhyiddin sebagai Menteri KDN bersetuju meluluskan lawatan sambil belajar ke Turki yang disertai oleh sebahagian pegawai kanan PDRM dan KPN.

Menurutnya, lawatan yang ditaja oleh Lembaga Totalisator Malaysia di bawah Kementerian Kewangan ini akan memberikan input mengenai kaedah menangani masalah judi dalam talian kepada pasukan PDRM.

Walau bagaimanapun, bila ditanya jumlah pegawai yang mengikuti lawatan tersebut, Muhyiddin menyerahkan kepada pihak PDRM untuk menentukan jumlah pegawai yang bakal pergi.

Dalam pada itu, pada awalnya beliau menjelaskan bahawa lawatan ke Turki tidak sesuai, namun untuk kepentingan negara dalam menangani masalah jenayah komersial dan mempelajari kaedah-kaedah baharu dari negara luar, beliau bersetuju untuk meluluskan lawatan tersebut.

Muhyiddin turut menegaskan Lembaga Totalisator Malaysia yang bertanggungjawab menaja lawatan tersebut adalah di bawah kawalan MoF dan bukan dari agensi swasta. Kenyataan ini dikeluarkan bagi mengelak daripada ianya dikaitkan dengan unsur-unsur negatif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here