Peningkatan kos sara hidup rakyat akibat kekangan ekonomi merupakan antara masalah utama yang perlu diberi penyelesaian oleh kerajaan. Sempena pembuka tahun baru pada 1 Januari 2019, kerajaan memperkenalkan Pas Perjalanan tanpa had My100 dan My50 yang mampu memberikan penjimatan sehingga RM100 sebulan bagi setiap pengguna.

Ekslusif hanya untuk warganegara Malaysia, pas perjalanan My100 menyediakan akses tanpa had untuk semua perkhidmatan yang disediakan oleh Rapid KL iaitu monorel, LRT, MRT, Bas Rapid Transit Laluan Sunway, bas perantara MRT dan semua bas ganti-ganti Rapid KL. Pengguna hanya perlu mengeluarkan bayaran sebanyak RM100 bagi tempoh perjalanan selama 30 hari.

Bagi pakej My50, dengan kadar bayaran RM50 bagi tempoh perjalanan selama 30 hari pengguna akan menikmati pengunaan tanpa had untuk semua perkhidmatan bas Rapid KL yang beroperasi untuk lebih 180 laluan di seluruh Lembah Klang dan Selangor selain daripada dapat menggunakan perkhidmatan bas perantara MRT.

Antara tawaran yang ditawarkan bagi kedua-dua pakej

Insiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan telah mendapat sambutan apabila pakej My100 ini berjaya merekodkan 65,125 pengguna pada 7 Januari 2019, berbanding 34,472 pada 31 Disember lepas. Melalui komen netizen di media sosial facebook, PPositive NNegative menyatakan beliau sebagai seorang pengguna perkhidmatan LRT sangat menyokong usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan, kerana pengunaan pas perjalanan ini mampu memberikan penjimatan sehingga 5 kali ganda daripada sebelumnya. Pengguna facebook, Afiq Saad mahu pas perjalanan ini diperkenalkan di seluruh Malaysia seperti Kedah dan Pulau Pinang.

Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja diukur melalui jumlah bangunan tertinggi di dunia, bahkan pada era globalisasi ini, kemudahan pengangkutan awam yang selesa, mematuhi waktu, cekap dan relevan antara faktor utama kemajuan itu diukur. Jika Tun Dr Mahathir menyarankan rakyat untuk mengamalkan konsep Dasar Pandang ke Timur, kerajaan juga perlu mencontohi pengunaan pengangkutan awam di negara matahari terbit itu. Usaha kerajaan untuk mengurangkan beban pengguna wajar dipuji, tetapi kerajaan perlu memperbaiki kualiti perjalanan pengangkutan awam di Malaysia.

Antara atlet yang menyokong usaha kerajaan dalam memberikan kemudahan pas perjalanan tanpa had kepada rakyat Malaysia

Jangan terkejut jika di Jepun, masa perjalanan mereka yang tepat dan berkualiti bergantung kepada kecekapan pekerja pembersihan. Pekerja ini hanya memerlukan masa selama tujuh minit untuk membersihkan keseluruhan gerabak kereta api Shinkansen, sebelum dimasuki penumpang untuk trip seterusnya. Setiap stesen hanya memperuntukkan masa selama 12 minit iaitu dua minit diambil untuk memberi laluan kepada penumpang keluar, tujuh minit bagi kerja pembersihan dan tiga minit untuk penumpang trip seterusnya. Aspek ini nampak seperti ringkas, tetapi ianya memberikan kesan kepada imej negara dan keselesaan pengguna untuk jangka masa panjang.

Kerajaan menyediakan pas perjalanan tanpa had kepada semua pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang dan Selangor, bermakna kerajaan perlu bersedia dengan jumlah penumpang yang akan bertambah. Oleh itu, kapasiti pengangkutan perlu mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang yang sedia ada dan baru.

Justeru itu, kerajaan perlu menjadikan pengangkutan awam ini sebagai kenderaan utama rakyat Malaysia selain daripada pengukur kemajuan sesebuah negara. Sediakan akses yang mudah untuk pengangkutan awam dan jadikan ia sebagai mesra pengguna.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here