Status Malaysia Airline (MAS) yang berhadapan dengan kemelut krisis kewangan seolah-olah masih lagi tiada jalan penyelesaian. Konflik  kewangan MAS semakin kritikal ketika syarikat itu berhadapan dengan tragedi MH370 pada tahun 2014 dan MH17 setahun kemudian.

Sebelum ini, Khazanah telah memperuntukkan RM6 bilion untuk pelan penyelamatan dan 70 peratus dana telah digunakan pada Januari 2018. Namun veteran MAS mahu pengurusan syarikat itu dirombak selepas gagal mencapai kedudukan ke-20 terbaik pada kaji selidik antarabangsa penerbangan.

‘Wau Bulan’ sebagai ikonik Malaysia

Cadangan pengambilalihan MAS mula diputuskan. Namun buat masa ini kerajaan belum memutuskan sebarang keputusan berkenaan cadangan pengambilalihan MAS. Japan Airlines (JAL) dikatakan berminat untuk mengambil alih MAS. Walaupun keputusan JAL untuk mengambilalih MAS masih lagi belum diputuskan, tetapi sudah ada keraguan di fikiran rakyat Malaysia bagaimanakah nasib MAS di bawah JAL? Adakah identiti ‘wau bulan’ yang menjadi ikonik Malaysia itu terus dikekalkan?

JAL dikatakan bakal bersaing dengan Air Asia Group Berhad (AAGB) yang dikatakan juga berminat untuk mengambil alih MAS. AAGB bersedia untuk berbelanja RM1.4bilion setahun bagi menampung kos operasi MAS yang berjumlah RM1 bilion.

Jika pengambilalihan ini berjaya diperolehi oleh AAGB, makanya AAGB dan Malaysia Airlines Berhad (MAB)  bakal bergabung dibawah satu jenama iaitu Air Asia. Operasi MAS akan diteruskan, tetapi konsep dan haluannya akan ditetapkan oleh Air Asia.

MAS terpaksa bersaing dengan Air Asia dalam pasaran

Walau bagaimanapun kerajaan perlu meneliti masalah industri penerbangan Malaysia. Jika di Jepun, syarikat penerbangan tambang rendahnya hanya menguasai sebanyak 20 hingga 30 peratus pasaran tetapi di Malaysia, syarikat tambang murah menguasai hampir 60 peratus pasaran. Ini menjadikan bekalan bagi syarikat tambang penuh melebihi daripada permintaan.

MAS mungkin mampu dipulihkan jika syarikat tambang murah negara kita tidak memonopoli pasaran. Malah syarikat penerbangan antarabangsa seperti Singapore Airlines dan JAL juga menunjukkan keyakinan bahawa MAS mampu pulih.

Alangkah ruginya jika MAS yang menjadi ikonik budaya Malaysia jatuh ke tangan pihak asing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here