Sedih apabila negara sedang dilanda musibah, tetapi masih ada segelintir pemimpin yang mementingkan diri, bertelagah dan membuat khianat ke atas rakyat dan negara. Mementingkan diri, apabila ada di antara pemimpin yang mengambil kesempatan di atas tempoh lockdown dengan berjalan ke sana ke mari konon atas urusan kerja tetapi apabila disiasat, tujuannya tidak jelas.

Bertelagah, apabila ada di antara pemimpin yang mempersoalkan tindakan Kerajaan yang memotong elaun para Menteri dan timbalan mereka untuk membantu rakyat di masa pandemik Covid-19 selama 3 bulan, alasannya juga tidak jelas. Akhir sekali, khianat. Satu perbuatan yang amat keji apabila ada di antara pemimpin yang melakukan khianat ke atas rakyat dan negara serta melanggar arahan Kerajaan. Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak sempurna iman seseorang yang tidak menjaga amanah.” (HR Ahmad)

Wahai para pemimpin negara khususnya yang beragama Islam, anda pasti tahu Islam sangat menitik beratkan perkara yang berkaitan dengan amanah dan menunaikan amanah adalah satu kewajipan kepada mereka yang diberi amanah. Mengapa di saat yang genting seperti ini masih ada yang mengamalkan sikap mazmumah?! Anda semua pemimpin, mahukan jawatan dalam kepimpinan tetapi cuma sedikit pun yang anda lakukan mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Tidak kiralah di pihak pembangkang mahupun kerajaan, sama sahaja perangainya. Mungkin anda semua masih boleh tersenyum dengan pangkat yang anda ada kerana anda semua tidak nampak azab yang Allah SWT sediakan kepada pemimpin yang zalim.

Mungkin ada yang berkata “kan dah dapat bantuan tu, kira baiklah, cuba belajar bersyukur.” Ya, kami bersyukur. Tetapi macam mana nak selesai jikalau atitud para pemimpin masih di takuk lama? Apabila SOP sudah diwartakan, ada pemimpin yang menggunakan ‘jalan belakang’ untuk mengingkar. Sampai bila hal ini nak selesai? Memang bantuan disediakan, tetapi haruslah didatangkan sekali dengan atitud yang berdisiplin. Kalau sekadar campak duit lepas tu langgar SOP, tidak bermakna juga.

Ingatlah, Allah SWT maha melihat apa yang anda semua kerjakan. Negara sedang dilanda musibah, tapi ada pemimpin yang masih bertelagah, berkhianat dan mementingkan diri. Sampai bila rakyat nak hidup dalam suasana begini? Jangan sampai balasan Allah SWT sampai kepada kalian dengan cara yang menghinakan. Sabda Rasulullah SAW:

“Tidak ada seorang hamba diberikan kepimpinan oleh ALLAH, mati pada hari matinya dalam keadaan khianat kepada rakyatnya kecuali ALLAH haramkan keatasnya syurga.” (HR Muslim)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here