Orang Kelainan Upaya atau lebih sinonim dengan singkatan (OKU) merupakan golongan yang amat istimewa serta disayangi rakyat Malaysia. Menurut WHO (World Health Organisation) 1-3 % penduduk dari sesebuah negara terdiri daripada golongan orang kelainan upaya. Ini bermakna, pada ketika ini Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya seramai 2.8 juta warga OKU di negara ini. Namun, masih ramai di antara mereka yang mendaftarkan diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana hanya kira-kira 359,203 orang sahaja yang sudah mendaftar.

Sebagai manusia yang telah dilahirkan dalam keadaan fizikal yang sempurna, kita tidak seharusnya memandang rendah pada keupayaan golongan OKU ini kerana sudah ramai di antara mereka yang telah mengecapi kejayaan. Sebagai contoh kita lihat sahaja kejayaan saudara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi apabila berjaya meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 2016 yang lalu.

Selain itu, kita boleh menginspirasikan kejayaan saudara Sukur Ibrahim iaitu pemilik Syarikat D Strike Solution Sdn. Bhd. Meskipun beliau cacat anggota tangan dan kaki, Sukur tetap cekal mengejar impian beliau untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya sehingga beliau pernah memenangi Anugerah OKU Cemerlang Kebangsaan (Keusahawanan).

Sukur juga sering mendapat jemputan untuk memberikan motivasi mengenai perjalanan hidup beliau

Sekiranya golongan OKU ini kerap diberi peluang untuk turut serta di dalam pembangunan negara, hal ini akan membuat ramai pihak membuka minda bahawa golongan OKU juga mampu untuk memberi sumbangan terhadap pembangunan sesebuah negara. Ia sekaligus akan menggalakkan lagi kewujudan peluang pekerjaan terhadap golongan ini dan mampu untuk mengubah persepsi yang negatif rakyat terhadap mereka.

Nick Vujivic merupakan insan OKU yang sangat terkenal di dunia dan sering memberikan kata-kata semangat kepada orang ramai

Justeru itu, pihak kerajaan seharusnya bersifat lebih peka terhadap golongan ini supaya mereka mampu untuk menyumbangkan sesuatu terhadap negara. Sebagai langkah untuk meningkatkan “darjat” mereka, pelbagai program serta khusus khas perlu dianjurkan oleh pihak kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu golongan OKU meningkatkan kemahiran mereka dalam sesuatu bidang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here