May be an image of 1 person and text that says '1 PANDANGAN YDP AGONG PERLULAH DIJADIKAN RUJUKAN SEMUA PIHAK "BAHAWA PERLU ADANYA PENTADBIRAN KERAJAAN YANG STABIL DAN KUKUH SERTA BERUPAYA BERFUNGSI DENGAN EFEKTIF DALAM MENANGANI WABAK COVID-19 DAN MEMULIHKAN EKONOMI NEGARA"'

Ketika rakyat mulai hampir lemas, ketika kerajaan memerlukan buah fikiran, Yang Dipertuan Agong (YDPA) selaku Ketua Negara bertindak memberi pandangan Baginda sekaligus mewakili Raja-Raja Melayu. YDPA berpandangan negara memerlukan sebuah pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh. Mana-mana negara di dunia, memerlukan kerajaan dan pembangkang. Pembangkang bukan bererti membangkang secara negatif bahkan mereka inilah yang bertanggungjawab dalam berkongsi pendapat dan idea dengan kerajaan.

Jika diperhalusi kenyataan YDPA yang mahu sidang Parlimen diadakan secepat mungkin perlu dipertimbangkan ‘secepat mungkin’ juga bagi pihak kerajaan. Kalau dilihat dari sudut pandangan YDPA, Baginda mungkin berpandangan kerajaan perlu berani berhadapan dengan pihak pembangkang. Namun, buka

n bermakna pihak pembangkang boleh mengambil kesempatan jika Parlimen di benarkan bersidang. Berbincanglah secara berhemah demi keselamatan rakyat Malaysia.

Pandangan YDPA ini bukan sahaja ditujukan kepada kerajaan, bahkan kepada pembangkang dan semua pihak yang terlibat. Betapa halusnya permintaan YDPA iaitu Baginda mahu sebuah pentadbiran kerajaan yang kukuh dan stabil. Namun, itu bukan bermakna kerajaan yang sedia ada ini tidak kukuh dan stabil. Tetapi apa yang dimahukan oleh Baginda adalah kepimpinan dari pihak kerajaan mahupun pembangkang yang dapat berbincang mengenai isu-isu negara secara kritikal tanpa prejudis.

Ini melibatkan soal keselamatan rakyat Malaysia. Negara sedang berhadapan dengan musuh tidak nyata. Benar musuh ini ‘kecil-kecil api’ namun impaknya mampu mengugat kestabilan negara dan kesejahteraan sejagat. Maka pemimpin-pemimpin negara yang bukan sahaja bertubuh besar, bahkan berjiwa besar perlu menyahut pandangan YDPA agar wujudnya sebuah pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh bagi menangani wabak Covid 19 ini.

Diam Baginda YDPA bukan bererti tidak berbuat apa-apa, tetapi diam Baginda mencari jalan yang nyata.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here