Darurat yang dilaksanakan kini adalah satu yang luar biasa yang tidak pernah terjadi sebelumnya kerana ia melibatkan situasi keselamatan akibat kesihatan. Pada 12 Januari 2021, PM Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersetuju mengisytiharkan darurat. Pengisytiharan Proklamasi Darurat ini dilaksanakan di seluruh negara sehingga 1 Ogos 2021 bukan satu benuk rampasan kuasa tentera, sebaliknya sebagai satu langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Susulan daripada pengisytiharan darurat ini, satu Jawatankuasa Khas Bebas akan ditubuhkan bagi menjamin pelaksanaannya adalah adil dan telus. Jawatankuasa itu juga berperanan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Berkaitan mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya. Jawatankuasa berkenaan dibentuk seramai 19 orang ahli pada 9 Februari 2021 di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria. Seramai 19 ahli Jawatankuasa Bebas Darurat 2021 diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa serta merta. Selain pengerusi, keanggotaannya terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil ahli parlimen pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraan awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil-wakil dewan perniagaan.

Secara jujurnya setiap ahli Jawatankuasa Bebas Darurat tentu ada kepakaran masing-masing. Contoh baik Peguam Negara akan menasihati YDP Agong mengenai keadaan kecemasan yang berlarutan mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam berpunca dari wabak COVID-19. Dari sudut undang-undang Panglima Tentera dan Ketua Polis Negara pula akan menjaga keselamatan dan memastikan rakyat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula akan mendapatkan perkembangan terkini tentang situasi COVID-19 di Malaysia manakala Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya akan menentukan dan membuat keputusan sama ada pilihan raya dilaksanakan dalam keadaan COVID-19.

Sesiapa yang dilantik dalam jawatan khas bebas ini semestinya ada fungsinya yang tersendiri mengikut keperluan masing-masing. Selain itu, penubuhan jawatankuasa berkenaan yang turut melibatkan ahli parlimen pembangkang adalah bukti kerajaan komited untuk memastikan ketelusan kerajaan dalam mengambil kira pandangan semua tanpa mengira latar belakang parti politik. Ayuh semua ahli pemimpin politik ketepikan dulu politik bagi mengfokus kepada usaha membendung COVID-19 bersama-sama dengan kerajaan demi kesejahteraan negara dan seluruh rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here