Tindakan kerajaan mewujudkan penguatkuasaan PKP dalam empat fasa sehingga 3 Mei, disambung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai  4 Mei hingga 9 Jun dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa 10 Jun sehingga 31 Ogos ternyata memberikan impak positif bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini.

Kini, Malaysia memasuki fasa pemulihan penularan COVID-19 dengan pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP. PKPP adalah sebahagian daripada ‘exit strategy’ atau strategi keluar daripada PKP bagi Malaysia yang kini memasuki fasa pemulihan COVID-19 berikutan trend jangkitan wabak yang semakin menurun, manakala kapasiti perubatan dan kesihatan awam berada pada tahap yang lebih baik dan meyakinkan.

Kerajaan melanjutkan tempoh PKP ini selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara-negara di dunia supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal. Ia bermula dengan PKP fasa 1 pada  18 Mac hingga 31 Mac 2020  diikuti PKP fasa kedua adalah  sebagai langkah mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19. Seterusnya dengan pelanjutan PKP fasa 3 dan fasa 4 terdapat peningkatan kes-kes pulih daripada COVID-19 menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun dan sekaligus berjaya meratakan lengkung (flattening of the curve) sehingga negara kini memasuki fasa pemulihan.

Aktiviti yang dibenarkan semasa PKPB

Seterusnya kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan. Walau bagaimanapun, beberapa aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan kepada risiko jangkitan kepada orang awam akan dikecualikan. Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan yang masih mencatat kes COVID-19 yang tinggi iaitu kawasan merah.

PKPB yang berakhir pada 9 Jun 2020 digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos 2020. Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat Malaysia untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan. Selaras dengan fasa pemulihan ekonomi negara, tiada lagi sekatan rentas negeri dan aktiviti pelancongan domestik juga dibenarkan. Malah aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan, lawatan ke muzium, aktiviti indoor busking, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial juga dibenarkan dalam tempoh PKPP itu.

Aktiviti Yang Dilarang Semasa PKPP

Sejak PKP dilaksanakan hampir 2 bulan, kadar jangkitan COVID-19 di negara kita menunjukkan trend yang semakin menurun. Kebanyakan kes yang  dicatatkan sejak kebelakangan ini adalah kes import dan kes-kes yang melibatkan pendatang asing tanpa izin di depot-depot tahanan imigresen  masih terkawal. Ini membuktikan Malaysia telah berjaya membendung penularan COVID-19 dengan berkesan.

Malaysia mendapat pujian dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam usaha negara ini menangani dan mengekang penularan COVID-19. Pujian itu termasuk pelaksanaan PKP yang dilihat antara yang terbaik berbanding negara lain kerana bertindak pantas melaksanakannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here