Pemburuan secara haram hidupan liar di Malaysia semakin berleluasa dan membimbangkan. Fenomena sebegini akan mencerminkan sikap tamak dan haloba manusia. Keinginan yang tidak berkesudahan oleh golongan manusia ini lama kelamaan akan menyebabkan dunia ini tiada lagi fauna yang akan hidup atau membiak.

Pemburuan haram bukanlah perkara baharu di Malaysia, malah aktiviti pemburuan haram telah pun berlaku 100 tahun lalu dan aktiviti inilah menyebabkan spesies badak Sumatera pupus dari hutan hujan tropika di Malaysia. Trend pemburu haram kini, memburu mana-mana spesies haiwan yang dianggap mempunyai nilai komersial seperti harimau, badak, tenggiling, tapir dan banyak lagi. Mereka yang tinggal dekat dengan hutan juga terlibat dengan aktiviti itu malah kadang kala menjadi tali barut pemburu haram.

Antara kegiatan pemburu haram di negara ini.

Oleh itu, kerajaan hari ini bertindak tegas untuk memerangi kes pemburuan haram di negara ini. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) kini dalam proses menggubal undang-undang baru bagi menangani pemburuan haram boleh menyebabkan kepupusan haiwan liar dilindungi sepenuhnya di negara ini.

Aktiviti pemburu haram yang didorong oleh permintaan tinggi untuk anggota badan harimau bagi tujuan perubatan tradisional Cina serta lain-lain kegunaan, turut menarik kehadiran pemburu asing dari negara-negara seperti Vietnam, Thailand, dan Kemboja dalam negara. Maka tidak hairanlah jika selama ini dalang yang sering terlibat di dalam aktiviti ini terdiri daripada orang-orang kenamaan (VIP).

Tenggiling juga merupakan haiwan yang sering diburu secara haram.

Justeru itu, melindungi hidupan liar dan khazanah alam semula jadi bukan sahaja menjadi tanggungjawab agensi penguatkuasaan saja tetapi memerlukan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), kerajaan, sektor korporat dan masyarakat setempat. Kesedaran awam lebih luas, penguatkuasaan undang-undang lebih baik dan kemahuan politik diperlukan untuk mencegah aktiviti pemburuan haram dan perdagangan hidupan liar selain mengatasi eksploitasi berlebihan sumber semula jadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here