Antara ciri – ciri orang munafik ialah Murjif iaitu suka menyebar sesuatu yang menggemparkan yang membuatkan orang menjadi kecoh dan berpecah, namun semua berita yang disebarkan penuh dengan dusta dan fitnah. Tujuannya hanyalah semata – mata untuk memecah – belahkan kesatuan Islam, menimbulkan pergaduhan, menimbulkan kepanikan, membuat fitnah, menyebar – nyebarkan sesuatu isu supaya menjadi besar dan menjadi polemik sehingga kesatuan umat Islam yang dibina berpecah belah serta menjadi lemah. Allah ‘Azzawajalla berfirman:

“ Dan ( ingatlah ) ketika orang – orang munafik dan orang – orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: Allah dan Rasul – Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya”. ( QS Al-Ahzab: 12 )

Allah memberi amaran kepada orang munafik bahawa mereka akan ditempatkan di neraka yang paling bawah dan disiksa oleh Allah di akhirat kelak dengan siksaan yang berat kerana di dunia mereka melakukan hipokrit dan menipu orang – orang beriman. Allah SWT berfirman maksudnya:

Sesungguhnya orang – orang munafik itu ( ditempatkan ) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka dan kamu sekali – kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka. ( QS. an – Nisa: 145 ).

Ciri – ciri lain orang – orang munafik juga termasuklah meletakkan kecintaan kepada orang – orang kafir yang memusuhi Islam. Sedangkan mereka sama sekali tidak memiliki rasa cinta dan kasih sayang terhadap orang – orang beriman. Mereka lebih senang bergaul dengan orang – orang kafir. Sementara keberadaan mereka di tengah kaum muslimin hanyalah sebuah kepalsuan yang menampakkan mereka berjuang bersama orang yang beriman tetapi sebaliknya mereka memiliki hati yang busuk untuk memecah belahkan perpaduan orang -orang beriman. Allah ‘Azzawajalla berfirman:

“( Iaitu ) orang – orang yang mengambil orang – orang kafir menjadi teman – teman penolong dengan meninggalkan orang – orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.” ( QS. An – Nisa’: 139 )

Golongan munafik memang dikenali sebagai manusia yang paling licik dalam membuat politik bermuka – muka. Segala bentuk sifat kekejian, pengecut, busuk dan kotor melekat pada diri mereka. Mereka memasang wajah palsu sesuai dengan situasi dan keadaan yang boleh menguntungkannya.

Oleh itu, seluruh bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini perlu mengenali siapa dia orang yang hipokrit dan munafik yang mengkhianati kesatuan Islam dan berjuang bersama musuh Islam untuk mengkucar kacirkan kesatuan Islam. Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ) termasuk dalam kategori ini? Mari kita lihat siapa DSAI sebenarnya. Dia adalah seorang yang bermuka – muka dengan imej penuh hipokrit yang munafik dan boleh menjelma dalam berbagai keadaan mengikut situasi dan kepentingannya. Malah beliau menjadi agen musuh – musuh Islam, agen Barat dan sanggup bekerjasama dengan DAP yang menjadi musuh utama umat Islam di negara ini demi mencapai cita – citanya untuk menjadi PM.

Rakyat perlu mengetahui secara lebih jelas siapakah DSAI yang sebenarnya. DSAI adalah pemimpin yang mempunyai sikap hipokrit dan bijak mencipta pelbagai alasan dalam mengaburi kesalahan yang dilakukan. DSAI pandai berlakon sebagai seorang yang warak namun hakikat sebenarnya beliau adalah individu yang bermuka – muka. Imej dia sekarang dah jadi caca – marba. Kita tidak sangka dan tidak terfikir dia boleh menari di atas pentas, boleh menyanyi dan menari lagu India demi untuk mendapat sokongan orang India. Kita juga tidak sangka dan ramai juga yang tidak percaya jika dia turut terlibat dengan perbuatan terkutuk iaitu perbuatan keji kaum nabi Luth a.s. Padahal dalam situasi yang lain dia memainkan watak seolah – olah seorang ulama yang berkhutbah dan menyampaikan ucapan berapi – api mengingatkan orang Islam tentang dosa dan pahala.

DSAI bukan sebarang pelakon. Beliau seorang yang pandai menyembunyikan agenda jahatnya dan boleh bermuka – muka dan berubah – rubah mengikut situasi. Dia boleh menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam, menjadi imam, pembaca khutbah, sebagai pendukung demokrasi, anti kronisme, anti nepotisme, anti feudal dan seorang pencinta ketelusan. Tapi dalam situasi yang lain pula, beliau adalah pro Barat, menjadi agenYahudi, penyokong musuh Islam, pro gerakan liberalisme dan pluralisme. Bahkan demi kepentingan untuk mendapat kuasa dan jawatan dan kegilaannya untuk menjadi PM, dia sanggup bekerjasama dengan musuh Islam seperti DAP sedangkan DAP adalah musuh Islam yang jelas kerana DAP sejak dahulu lagi memang memusuhi Islam. DAP memang jelas tidak mahu agama Islam dan syiar Islam ditegakkan di negara ini kecuali menyokong ke arah pembentukan sebuah masyarakat liberal dan mendokong gagasan hak asasi Barat yang bercanggah dengan agama Islam.

Seperti sudah menjadi lumrah, tiap kali DSAI membuka mulutnya di luar negara atau berdepan dengan media antarabangsa, pasti akan ada kenyataan yang bercanggah dengan pendiriannya ketika berceramah dan berdepan dengan rakyat negara ini. Umpamanya, satu ketika dahulu ketika dia bercakap kepada The Sydney Morning Herald ( SMH ), DSAI memberitahu, beliau bersedia menyokong operasi kilang Lynas sekiranya siasatan awam mengesahkan operasi kilang tersebut benar – benar selamat.

Selain dari itu, ketika sebelum ini beliau pernah ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal ( WSJ ), DSAI dilaporkan menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel yang akhirnya menimbulkan kemarahan dan kecaman masyarakat di Malaysia.

Manakala ketika menyampaikan ucapan yang bertajuk “ Religion and Pluralism in a Divided World ” di London School of Economics ( LSE ) pada 18 Mac 2010, DSAI secara jelas menyatakan pendiriannya menyokong fahaman ‘ pluralisme ’. Pluralisme merupakan satu ideologi yang menyamaratakan semua agama dan tidak ada mana – mana agama yang lebih benar daripada agama lain. Pendirian yang mengatakan semua agama adalah benar adalah merupakan satu pendapat yang di tolak oleh Islam dan mereka yang mengambil pendirian tersebut boleh dikategorikan sebagai MURTAD. Ini adalah merupakan beberapa contoh kecil tentang pendirian DSAI yang boleh di ibaratkan sebagai ‘ sesumpah ’ dan munafik. Apabila berdepan dengan satu kumpulan yang ada kepentingan dirinya, kenyataan DSAI akan selari dengan pendirian kumpulan tersebut dan akan berubah sekiranya berhadapan dengan kumpulan yang lain.

Kesimpulannya, selagi cita – cita DSAI untuk menjadi Perdana Menteri belum tercapai, maka masyarakat khususnya para penyokongnya akan terus tertipu dan diperdaya dengan dakyah – dakyah songsang yang ada kalanya jelas bertentangan dengan akidah. Ia sebenarnya membawa kerosakan yang besar dan bahaya kepada umat Islam dan agama Islam itu sendiri. Ia selari dengan sabda Rasulullah SAW dari Ka’ab bin Malik ra:

“ Dua ekor serigala yang dilepas kepada seekor kambing tidak lebih parah kerosakannya bagi kambing itu, bila dibandingkan ketamakan seseorang terhadap harta dan pangkat -kedudukan dalam merosakkan agamanya. ” ( At-Tirmidzi ).

Oleh itu, kita tak perlu ragu – ragu lagi untuk menolak DSAI daripada menjadi pemimpin dan Khalifah utama kita. Jangan sama sekali kita biarkan diri ditipu serta tertipu lagi oleh DSAI!! kerana dia sememangnya manusia hipokrit dan munafik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here