Sukar untuk menepis tanggapan bahawa media sangat ‘berkuasa’ dalam mempengaruhi minda pengguna. Lihat sahaja semasa PRU-14 bagaimana empayar kuasa politik UMNO terus beralih pada Pakatan Harapan. Umum mengetahui bahawa kuasa media digunakan sepenuhnya pada PRU-14.

Pelbagai berita dan informasi mengenai pemimpin-pemimpin parti politik mula dimainkan di media sosial. Skandal berita mengenai Datuk Seri Najib antara yang paling kerap disiarkan di laman sosial. Skandal negatif yang sering disiarkan di media sosial terus mengubah persepsi penggundi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, sekaligus mempengaruhi kekalahan parti UMNO.

Tagline ‘Malu Apa Bossku’ yang mula tular di media sosial.

Di Amerika Syarikat, kemenangan Donald Trump dikatakan dipengaruhi oleh penyebaran berita palsu di laman Facebook. Dakwaan tersebut berbangkit selepas Facebook dikatakan gagal menghalang penyebaran berita-berita palsu dimana kebanyakannya memihak  kepada Donald Trump.

Secara umumnya, kuasa media mempengaruhi kemenangan seseorang ahli politik itu. Malah calon politik itu boleh berbincang terus dengan pengundi mereka mengenai pelbagai isu. Maka, disitu kelebihannya apabila calon politik itu boleh mengenalpasti sasaran lapisan pengundi mereka.

Apa yang pasti media sosial memberikan impak amat kuat pada PRU-14 berbanding pada PRU-13 ketika pengunaan media baharu masih pada peringkat awal dan aplikasinya masih dalam proses adaptasi pengunaan.

Media sosial digunakan sepenuhnya semasa PRU-14.

Tetapi pengunaan media sosial ini memerlukan kebijasanaan penggunanya terutama ahli politik yang sentiasa berunding dengan masyarakat sekeliling. Hujahan fakta yang bijak dan sahih mampu mempengaruhi persepsi penggundi atau pengguna media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here