Sukan Sea di Filipina baru sahaja melabuhkan tirai penutupnya. Satu kelegaan buat Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kontinjen Malaysia dan peminat sukan negara. Namun itu hanya helaan nafas kelegaan bukannya kepuasan dengan pencapaian emas di Filipina.

YB Syed Saddiq mensasarkan kontinjen Malaysia akan mencapai 70 pingat emas, 56 perak dan 121 gangsa. Namun sasaran pingat bukan sahaja tidak menepati ramalan, malah Malaysia tidak berada pada kedudukan empat terbaik. Malaysia hanya mampu meraih tempat kelima di bawah Thailand dengan perbezaan pingat yang terlalu jauh. Malaysia hanya mampu memungut 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa.

Kontinjen Malaysia di Sukan Sea Filipina 2019

Kontinjen Malaysia terdiri daripada 773 atlet dan 339 pegawai yang menyertai 52 daripada 56 acara. Jumlah bilangan atlet yang ramai, di samping penyertaan kontinjen negara pada acara Sukan Sea Filipina agak besar, sepatutnya Malaysia boleh mencapai lebih daripada sasaran 70 pingat emas. Namun kegagalan atlet Malaysia meraih walaupun hanya 60 pingat emas, adalah satu petanda buruk terhadap masa depan sukan negara terutama dalam masa kurang setahun lagi Malaysia akan menghadapi temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Mungkin sudah sampai masa untuk YB Syed Saddiq peka pada rungutan atlet-atlet negara berkenaan dengan pemotongan peruntukkan untuk sukan-sukan mereka. Irfan Shamsuddin, pemenang emas lempar cakera memaklumkan yang beliau terpaksa mengeluarkan ratusan ribu ringgit perbelanjaan sendiri untuk berlatih d luar negara termasuk membayar gaji jurulatih beliau. Malah beliau mempertikaikan tindakan YB Syed Saddiq yang menamatkan kontrak jurulatihnya Frantisek Petrovic.

Isu yang melibatkan Irfan Shamsuddin

Analisa terperinci perlu dibuat untuk mencari punca kegagalan. Peruntukkan Kementerian Belia dan Sukan yang terlalu memberi fokus kepada E-Sukan menyebabkan atlet ‘real sport’ seakan-akan semakin terpinggir sekaligus mematikan moral mereka untuk terus memberikan yang terbaik kepada pencapaian sukan negara.

Pihak Majlis Sukan Negara dan Instititut Sukan Negara perlu memainkan peranan untuk memastikan prestasi sukan negara terus kekal cemerlang. Pencapaian sukan negara bukanlah satu aktiviti ‘business as usual’. Kerana ianya melibatkan peruntukkan kerajaan dan maruah negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here