Parlimen telah pun meluluskan pindaan untuk menurunkan had usia mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Oleh itu, seperti yang dipersetujui pihak kerajaan dan pembangkang, pendaftaran automatik juga perlu dilaksanakan pada pilihan raya akan datang. Ini sudah pasti akan menjadi cabaran besar buat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi merealisasikan kaedah ini.

Sehubungan itu, terdapat beberapa cabaran besar yang akan menanti SPR bagi memastikan ia dapat dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Antara cabaran yang akan dihadapi oleh SPR adalah merangkumi aspek kos dan isu alamat pengundi bagi melakukan pendaftaran automatik. Selain itu, SPR juga perlu lebih bersedia dalam menghadapi pertambahan pengundi dengan menentukan pusat dan saluran mengundi mencukupi.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pendaftaran automatik juga akan memberikan beberapa kelebihan dan kebaikan sekiranya ia berjaya dilaksanakan. Pendaftaran automatik akan memberi kelebihan kepada individu yang mempunyai sikap malas keluar untuk mendaftar sebagai pengundi.

SPR jangka pelaksanaan pendaftaran automatik pada 2021

Di samping itu, pendaftaran automatik juga dianggap baik kerana memudahkan rakyat secara keseluruhannya. Hal ini kerana kaedah ini dapat menjimatkan tenaga dan masa kerana tidak perlu ke SPR atau mana-mana ejen lain bagi mendaftar sebagai pengundi.

Cadangan pendaftaran automatik telah pun mendapat sokongan daripada kebanyakan ahli politik baik dari pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Maka, tidak hairanlah sekiranya setelah ia diluluskan Parlimen, pelbagai reaksi positif telah ditunjukkan oleh mereka. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang merupakan antara ahli politik yang menyokong penuh mengenai pelaksanaan pendaftaran automatik.

Selain itu, rata-rata daripada maklum balas netizen juga menunjukkan bahawa mereka turut bersetuju dengan pelaksanaan ini. Ini kerana mereka bersetuju bahawa sikap ‘malas’ mendaftar sebagai pengundi adalah punca mereka tidak pergi melakukan pendaftaran.

Secara keseluruhannya, cadangan untuk melaksanakan pendaftaran automatik pada PRU akan datang dilihat mendapat maklum balas positif daripada kerajaan dan pembangkang serta rakyat. Namun, SPR perlu sedar dan bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran bagi memastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya nanti.

SPR optimis laksanakan sistem ini pada PRU akan datang

Ini bermakna, kerjasama di antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sangat penting dalam melaksanakan pendaftaran automatik. Di samping itu, ia juga akan menjadi tanggungjawab besar buat SPR bagi memastikan bahawa sistem ini adalah telus, selamat dan efisien bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.

Justeru itu, pihak kerajaan dan pembangkang juga perlu memainkan peranan penting dalam membantu SPR merealisasikan pelaksanaan sistem ini. Walau bagaimanapun, rakyat yang sudah layak mengundi juga seharusnya bertanggungjawab untuk mendaftar sendiri bagi memudahkan segala proses mengundi apabila sudah tiba masanya kelak. Semua pihak perlu bergerak seiring bersama pihak SPR dalam membantu proses pelaksanaan sistem ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here