Institusi pendidikan memainkan peranan yang penting dalam usaha mendidik generasi muda untuk membudayakan pemahaman Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) bagi memastikan mereka cukup bersedia menghadapi dunia yang semakin mencabar.

Pelajar kini terdedah kepada dunia yang berasaskan teknologi digital dimana internet, pengkomputeran awan (cloud computing) dan sosial media memberi cabaran kepada sistem pendidikan formal. Perkembangan teknologi yang pantas ini memerlukan perubahan dalam sistem pendidikan selaras tuntutan modal insan industri agar generasi muda lebih bersedia menghadapi cabaran sebenar pasaran kerja dan keusahawanan.

sistem pendidikan di negara ini mestilah seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

Di dalam era yang sedang berubah dengan pantas, seharusnya pendidikan IR 4.0 ini perlu diberi penekanan dan dimasukkan dalam silibus pelajaran. Inovasi dalam sistem pendidikan ini pula perlu disesuaikan mengikut keperluan semasa serta kemampuan dari segi teknologi dan tenaga pengajar.

Pendidikan berteraskan IR 4.0 sudah pastinya menjadikan proses pembelajaran menarik dan menyeronokkan. Apa yang lebih penting, ia dapat melahirkan generasi yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Namun, pemahaman masyarakat terutamanya golongan generasi muda terhadap gelombang IR 4.0 ini masih lagi pada tahap yang sederhana dan tidak jelas. Oleh itu, ia merupakan satu cabaran besar yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan agar memastikan golongan ini memahami kepentingan menguasai pendidikan melalui IR 4.0 sekaligus melahirkan generasi yang tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital.

pendidikan berteraskan IR 4.0 dapat memastikan pelajar dan graduan yang dilahirkan kekal relevan dan memenuhi keperluan negara dan industri

Perkara berkaitan teknologi bukan sesuatu yang popular dan mudah untuk dilaksanakan. Namun, pendidikan dalam arus IR 4.0 amat penting dan ia dapat membantu meningkatkan daya persediaan melalui pendedahan realiti serta praktikal kepada bakal pemimpin masa hadapan negara dalam pelbagai sudut sektor dan industri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here