Pembelajaran Dalam Talian merupakan sebarang bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menggunakan media ini mempunyai grafik visual, perkataan, animasi, video ataupun audio. Selain itu, ia juga menyediakan kemudahan seperti kemudahan dalam bentuk pembelajaran secara berkumpulan dan dibantu oleh pengajar dalam bidang tertentu secara atas talian.

Pembelajaran dalam talian bermula apabila pelajar boleh mengakses maklumat menerusi laman sesawang di internet atau integrasi penggunaan jaringan elektronik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pembelajaran dalam talian ini boleh berlaku secara formal atau tidak formal iaitu sama ada menghadiri kursus atau program yang dianjurkan oleh pihak tertentu atau melalui perbincangan maya.

Udemy pembelajaran dalam talian yang berfungsi sebagai platform bagi pengajar untuk membuat kursus dalam talian mengenai topik pilihan mereka

Pembelajaran dalam talian ini secara langsung membolehkan proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui pembelajaran dalam talian, pelajar dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik. Tambahan pula kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan profesional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.

Namun begitu, terdapat juga keburukan menggunakan pembelajaran dalam talian antaranya adalah mewujudkan kurangnya komunikasi antara pensyarah dengan pelajar kerana kedua-dua pihak jarang berjumpa. Ini seterusnya menyukarkan pelajar untuk berkongsi atau bercerita masalah dengan pensyarah mereka berkaitan dengan aspek pembelajaran mereka.

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan pembelajaran dalam talian antaranya Udemy adalah platform pembelajaran dalam talian. Udemy berfungsi sebagai platform bagi pengajar untuk membuat kursus dalam talian mengenai topik pilihan mereka. Dengan menggunakan alat pembangunan kursus Udemy, kita boleh memuat turun video, persembahan PowerPoint, fail PDF, fail audio, fail zip dan pelajaran langsung untuk membuat kursus. Pengajar juga boleh berinteraksi dengan pengguna melalui forum perbincangan dalam talian. Udemy juga menawarkan Udemy for Business, yang membolehkan syarikat mengakses lebih banyak kursus tertentu daripada kursus 2,000 mengenai topik-topik mulai dari taktik pemasaran digital ke produktiviti, reka bentuk, pengaturcaraan, pengurusan dan banyak lagi.

Selain itu, FutureLearn dibangunkan pada bulan Disember 2012 oleh sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Open University di Milton Keynes, England. Dunia pendidikan kini menggunakan pelbagai alatan medium digital seperti telefon pintar, tablet, TV Interaktif dan digabung pula kemudahan internet yang mempunyai kelajuan tinggi (jalur lebar) dan tersebar di serata dunia. Dengan adanya kemudahan pembelajaran dalam talian ini, setiap pelajar, pekerja mahupun pengajar dapat mengambil peluang untuk menjadikan platform ini sebagai medium pembelajaran terbaik bersesuaian dengan konsep pembelajaran dalam talian secara percuma tanpa mengira masa dan tempat.

FutureLearn adalah platform pembelajaran terbaik bersesuaian dengan konsep pembelajaran dalam talian secara percuma tanpa mengira masa dan tempat

Oleh itu, pembelajaran dalam talian ini sangat berpotensi diperluas di peringkat prasekolah sehingga menengah agar seiring kepesatan arus teknologi pada masa kini. Kekangan sumber dan fasiliti dalam membangun kaedah pembelajaran dalam talian wajar ditangani melalui pendekatan alternatif supaya kepenggunaannya meliputi pelajar bandar dan luar bandar bertepatan matlamat kerajaan membangunkan generasi yang berinovasi dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here