Konsep perniagaan dalam talian pada masa kini telah menjadi trend bagi usahawan-usahawan di dalam negara ini oleh kerana dengan kaedah ini lebih mudah untuk diuruskan. Media sosial seperti Facebook dan Instagram telah menjadi antara medium utama buat para peniaga memasarkan segala jenis perniagaan yang mereka jalankan untuk mencari pelanggan.

Namun, di sebalik dengan kemudahan yang ada pada masa kini terdapat segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan untuk menipu orang ramai. Buktinya adalah apabila aduan kes penipuan dalam talian semakin meningkat dan kini menjadi aduan kedua tertinggi selepas aduan peningkatan harga barang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pengguna boleh melayari ke portal ini untuk membuat semakan terlebih dahulu sebelum berurus niaga

Tambah beliau lagi secara purata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima 25 peratus aduan daripada pengguna mengenai kes penipuan dalam talian pada setiap bulan manakala kenaikan harga barang pula 35 peratus.

Antara faktor dan sebab mengapa kes penipuan ini semakin berleluasa di negara kita adalah kerana rakyat masih tiada kesedaran terhadap kes-kes yang pernah berlaku sebelum ini. Tidak dinafikan juga ia berlaku kerana rakyat mudah terpedaya dengan harga murah yang selalu ditawarkan oleh golongan yang melakukan sindiket ini.

Aduan kes penipuan dalam talian semakin meningkat dan kini menjadi aduan kedua tertinggi selepas aduan peningkatan harga barang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Selain itu, tiadanya tindakan tegas daripada pihak berkuasa telah menyebabkan masalah ini kian berleluasa sehingga telah mengundang para pelajar juga untuk membuat perkara yang sama oleh kerana terdesak ingin mencari wang. Sang penipu kini menjadi semakin bijak untuk melakukan perbuatan ini seperti menggunakan nombor telefon palsu, akaun bank palsu, kad pengenalan palsu dan pelbagai helah lagi yang digunakan.

Sekiranya diri anda atau ahli keluarga terdekat telah menjadi mangsa penipuan ini, apakah tindakan yang harus anda lakukan? Tindakan boleh diambil kepada sang penipu dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Anda boleh menyuarakan aduan ke Bahagian Pengurusan Pengguna supaya siasatan lanjut dapat dijalankan atau terus sahaja ke Tribunal Tuntutan Pengguna.

Oleh yang demikian, pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ini juga perlu bertindak lebih tegas agar dapat menjadi satu peringatan kepada sang penipu. Pihak kerajaan perlu memainkan peranan mereka untuk mengadakan dan memperbanyakkan lagi kempen-kempen kesedaran kepada para pengguna supaya rakyat menjadi lebih peka kepada masalah ini. Para pengguna juga diseru agar membuat siasatan latar belakang kedai atau peniaga terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang urusan jual beli. Sebagai contoh pihak PDRM perlu melancarkan satu portal bagi memudahkan orang awam menyemak akaun bank atau nombor telefon yang dikhuatiri terbabit dengan transaksi urusniaga dalam talian. Usaha seperti ini perlu diperluaskan agar rakyat mendapat info mengenai penipuan di dalam talian.

Justeru itu, secara tidak langsung masalah ini akan mengakibatkan kerancakkan perniagaan e- dagang di dalam negara ini terjejas sekaligus akan memberikan sedikit kesan yang tidak sihat kepada pertumbuhan ekonomi di negara kita. Kesedaran individu juga dilihat sangat penting untuk menangani masalah ini. Kita mestilah memahami bahawa dalam zaman yang serba canggih dan mencabar ini, pelbagai kaedah dilakukan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencari wang dengan cara yang mudah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here