May be an image of 1 person and text that says 'PENUBUHAN MAJLIS PEMULIHAN NEGARA MENGGANTIKAN JAWATANKUASA KHAS KABINET PELAN PEMULIHAN NEGARA ADALAH UNTUK MENSEJAHTERAKAN RAKYAT 1 KESIHATAN 2 EKONOMI 3 POLITIK 4 SOSIO EKONOMI 5 PENDIDIKAN'

Baru-baru ini kerajaan PN telah mengumumkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) bagi menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN) bagi mengukuhkan strategi mengawal penularan Covid-19. Tujuan MPN ditubuhkan adalah memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19 secara holistik.

MPN ini akan dipengerusikan oleh PM, Muhyiddin Yassin dan akan melantik wakil-wakil dari sektor swasta, pakar industri, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman dan nasihat dalam pelbagai aspek PPN supaya negara boleh keluar dari masalah pandemik ini secara sistematik serta selamat. Banyak perkara yang akan menjadi keutamaan MPN ini seperti kesihatan, ekonomi, politik, sosio ekonomi dan juga pendidikan untuk kesejahteraan rakyat.

Tetapi perkara tunjang kepada penubuhan MPN ini adalah memastikan wabak Covid-19 ini dapat dikawal dan menambahbaik segala SOP berdasarkan maklum balas daripada pakar. Malah penglibatan wakil-wakil didalam MPN ini juga sudah tentu akan memberi nasihat kepada kerajaan mengikut kepakaran mereka dalam isu-isu yang menjadi keutamaan MPN dalam mengatasi krisis negara.

Sebab itu kerajaan melihat penubuhan MPN ini sebagai satu kaedah terbaik dengan penglibatan badan-badan bebas untuk menyelesaikan isu bukan sahaja kesihatan, malah melibatkan ekonomi, politik, sosio-ekonomi dan juga pendidikan. Ia akan menjadi satu langkah terbaru untuk memastikan pelaksanaan strategi mengawal Covid-19 dan membantu rakyat ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan mencapai objektifnya demi kesejahteraan rakyat.

Oleh itu, penubuhan MPN ini akan menjadi harapan kepada rakyat untuk membantu kerajaan mencari jalan keluar daripada krisis negara yang berlarutan sejak awal tahun ini. Moga MPN ini dapat mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan peralihan fasa PPN dapat dicapai secepat mungkin dan objektif utamanya untuk membantu rakyat juga dapat dilaksanakan dengan segera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here