Esok (4 Mei 2019) bakal berlangsungnya satu perhimpunan yang digelar sebagai “Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam” anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH). Perhimpunan yang akan dimulakan seawal pukul 2 petang sehingga 6.00 itu diadakan di hadapan Masjid Jamek Kuala Lumpur dan seterusnya para peserta akan berarak sehingga di hadapan kompleks membeli-belah SOGO.

Apa yang kita dapat sekiranya menyertai perhimpunan tersebut? Jika dilihat, perhimpunan ini diadakan dengan alasan kononnya untuk membela kedaulatan agama Islam yang semakin ditindas oleh tangan-tangan pemimpin kerajaan PH. Tetapi, jika perkara ini diperhalusi ia tidak lebih dari sekadar ingin menunjukkan perasaan protes dan dendam pihak pembangkang terhadap kerajaan pada hari ini. Jadi, mereka menggunakan pelbagai alasan termasuk dengan mempergunakan rakyat Malaysia dalam menyampaikan doktrin kebencian mereka kepada kerajaan melalui perhimpunan ini dan perhimpunan-perhimpunan sebelumnya.

Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bakal diadakan pada 4 Mei 2019 bertempat di SOGO, Kuala Lumpur

Tindakan rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan ini hanya akan menambahkan lagi komplikasi buruk terhadap negara. Sebagai contoh, ia akan memberi terjemahan bahawa para penduduk Malaysia mempunyai satu atitud yang negatif dan sentiasa memberontak. Bukan itu sahaja, perhimpunan ini juga akan menimbulkan kekecohan sekiranya ia berlarutan. Hal ini kerana pasti terdapat golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab yang cuba menghuru-harakan keadaan dengan mencetuskan pergaduhan hingga akhirnya menyebabkan kecederaan ataupun kehilangan nyawa kepada mereka yang tidak bersalah. Seperkara lagi, ia juga akan menjejaskan para peniaga di kawasan sekitar yang terpaksa menghentikan operasi perniagaan mereka pada hari tersebut akibat khuatir akan berlakunya kerosakan terhadap barang dagangan mereka.

Justeru, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak yang mengambil kesempatan untuk meraih laba politik dengan sengaja mengapi-apikan sentimen kaum dan agama. Ini termasuklah dari menyertai di dalam acara perhimpunan pada Sabtu ini. Sebagai rakyat Malaysia baharu, kita seharusnya mengambil iktibar terhadap apa yang pernah berlaku di dalam negara kita sebelum ini. Perhimpunan haram ini tidak membawa sebarang makna dan hanya membuang masa serta merencatkan lagi ekonomi semasa negara.

Penyertaan rakyat Malaysia di dalam sebarang perhimpunan haram adalah agenda politik pihak pembangkang dalam menyebarkan doktrin kebencian kepada kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here