Isu penggunaan ‘vape’ atau rokok elektronik dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya di kalangan pelajar sekolah nampaknya semakin membimbangkan apabila murid sekolah rendah juga kini dilapor telah mula berjinak-jinak menggunakan peranti rokok elektronik itu secara terbuka.

Kaum wanita juga terjebak dengan penggunaan vape

Oleh itu, adalah sangat wajar sekiranya penggunaan vape di negara ini perlu dikawal sekalipun isu mengenai asap vape masih dalam kajian dan hanya beberapa penemuaan awal menunjukkan bahaya asap vape kepada perokok, sekurang-kurangnya pihak berkuasa perlu mengiktiraf apa jua bentuk asap akan mengganggu orang awam.

Penjualan rokok elektronik perlu diberikan perhatian yang teliti kerana kegiatan vape ini sudah pun merebak sehingga ke peringkat sekolah dan perkara ini perlu untuk ditangani dengan kadar segera jika tidak mahu sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Di peringkat sekolah jika kita lihat kegiatan rokok di kalangan pelajar kini berada di tahap yang membimbangkan, dan semuanya bermula dengan pengaruh rakan sebaya. Tidak mustahil kegiatan vape di kalangan pelajar akan menjadi hal yang sama seperti rokok jika tidak dicegah dari peringkat awal.

Gejala vape sudah mula mempengaruhi pelajar sekolah

Kita dapati ramai anak muda kini yang beralih kepada vape dan lebih malang lagi ada pihak yang cuba mengadun perisa yang memudaratkan iaitu ganja dan ketum bagi menyaingi perisa oren, mangga, coklat dan kopi. Selain itu, dilaporkan bahawa 90 peratus daripada kandungan cecair vape mengandungi nikotin yang boleh menyebabkan ketagihan. Perkara sebegini sudah pasti akan mendatangkan lebih banyak kesan buruk kepada penggemar vape dan juga orang awam.

Oleh yang demikian, kita perlu menyambut baik sekiranya pihak Kementerian Kesihatan (KKM) ingin meneruskan usaha untuk menggubal satu akta baharu bagi mengawal selia penggunaan tembakau, ‘vape’, rokok elektronik dan shisha. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, akta yang dinamakan Akta Tembakau itu dijangka dapat menangani pemasalahan itu secara keseluruhan.

Justeru itu, pihak kerajaan diharap mengambil pendekatan lebih tegas terhadap permasalahan ini agar kualiti hidup rakyat Malaysia ini lebih terjamin. Para pengguna rokok elektronik  terutama golongan remaja pula diseru untuk segera berhenti dari meneruskan aktiviti yang tidak berfaedah ini kerana banyak kesan buruk yang akan menanti anda di kemudian hari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here