May be an image of 3 people, people standing and text that says 'PM MANUSIA BIASA, ADA MASA KESIHATAN TIDAK MENGIZINKAN TAPI KOMITED JALANKAN TUGAS UNTUK NEGARA'

Sejak semalam, #PMCirit trending di media sosial apabila pihak Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Perdana Menteri terpaksa dimasukkan ke hospital kerana diarea atau cirit-birit. Berdasarkan situasi ini, dapat kita lihat betapa tidak sensitifnya kita sebagai seorang manusia.

Apa yang lebih mengecewakan adalah terdapat segelintir ahli politik yang selama ini digelar pemimpin rakyat juga turut menjadikan topik ini sebagai bahan serangan politik. Secara logiknya, wajarkah seorang pemimpin mempermainkan masalah kesihatan orang lain dengan cara sarkastik bersama-sama netizen? Bukankah ia seolah-olah mengambil kesempatan diatas penderitaan orang lain? Tidak kiralah seringan atau seberat mana pun sakit yang dihadapi Perdana Menteri, beliau tetap seorang manusia seperti kita yang masih boleh jatuh sakit, demam luka atau apa sahaja.

Tindakan segelintir pihak dengan menjadikan topik ini sebagai publisiti politik adalah satu tindakan murahan! Selain itu, sebagai rakyat Malaysia pula tidakkah kita terfikir bahawa dengan mentrendingkan hashtag tersebut di media sosial ia adalah satu perbuatan yang bukan sahaja menjatuhkan maruah Perdana Menteri. Malah, ia juga akan memberi kesan kepada imej negara dimana hashtag tersebut sudah pasti boleh dilihat oleh seluruh dunia.

Tidak kira apa sahaja alasan diatas perbuatan tersebut, kita tidak seharusnya menjadi rakyat yang tidak bertanggungjawab. Apa yang pasti, Perdana Menteri sudah pasti sentiasa komited terhadap tugasnya bagi melaksanakan amanahnya kepada negara dan rakyat. Cuma, tanyalah diri kita. Adakah kita seorang rakyat yang bertanggungjawab?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here