Titah baginda YDPA kepada DSIS supaya meredakan suhu politik negara dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang di sambut baik dengan penuh komited dan bertanggungjawab. Sehubungan itu, dengan tertunainya hasrat Tuanku ini ia menjadi bukti awal bahawa kepimpinan DSIS sentiasa bersedia dan terbuka dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak pembangkang demi kebaikan rakyat dan negara.

Selain itu, keputusan tepat DSIS menjunjung nasihat YDPA ini juga satu petanda positif di mana keterbukaan pemimpin kerajaan dan pembangkang akan bersama-sama mengembleng tenaga dalam memulihkan krisis kesihatan dan ekonomi negara. Sehubungan itu, jaminan ini juga menunjukkan betapa kepimpinan DSIS sentiasa mengutamakan rakyat. Apatah lagi, beliau amat peka dengan penderitaan rakyat akibat pandemik Covid-19.

Maka, segala perbezaan pendapat atau salah faham yang berlaku sebelum ini diketepikan demi menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat. Mana tidaknya, petugas barisan hadapan semakin lelah, kehidupan rakyat terjejas kerana kehilangan punca pendapatan dan ramai sudah menjadi korban nyawa. Semuanya angkara musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Disebabkan, krisis yang kita hadapi sekarang lebih sukar dari apa yang dijangkakan, segala buah fikiran dan tenaga perlu di kumpulkan secara maksimum agar jawapan kepada semua permasalahan ini dapat ditangani sebaik mungkin. Oleh itu, kerjasama dari pihak kerajaan dan pembangkang adalah sangat diperlukan kerana kepimpinan di kedua-dua pihak berkebolehan dan berkemampuan. Bayangkan, jika semua idea tersebut disatukan sudah pasti keberhasilan menangani krisis negara dan rakyat dapat diatasi dengan segera lebih cerah.

Dalam keadaan sekarang tidak ada apa lagi yang lebih penting selain keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Tidak ada gunanya kita terus saling bertelagah sasama sendiri untuk kuasa jika rakyat sudah tidak rasa selamat di negara sendiri. Selain itu, kita juga boleh terjemahkan keputusan DSIS mencapai titik persamaan bersama pembangkang ini sebagai tindakan berani dan usaha besar dalam memerdekakan negara dari Covid-19 serta krisis politik dengan secepat mungkin!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here