May be an image of 1 person and text that says 'PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN: JANGAN PERCAYA MITOS BERANTAI MEDIA SOSIAL DAN PATUHILAH SARANAN KERAJAAN Di Gerik hari diperakui berlaku melibatkan anggota sat DEMI KESEJAHTERAAN SEMUA suntikan vaksin dos Salam takziah. Semoga kebajikan ahli keluarga arwah terjaga. Timb Assalamualaikum Dan salam sejahterah SU Tuan- *LAPORAN ANGGOTA BALAI Gerik Vaksin Doske2 2021 isteri) 017 5737387 1245 nahhhh, lpd, Gerikjalan Sultan Yusoff. Untuk makluman Caw. Kebajikan Gerik. iapatak olchaba ÎÎÎÎΠΑΠÎI Ostaku lot.. "WIEDIAPANGKAT'

Jika ada di kalangan anda semua masih percaya akan ‘tahyul’ suntik vaksin boleh mati yang disebarkan melalui rangkaian aplikasi media sosial, percayalah anda seorang yang bodoh! Bodoh kerana apa? Kerana mempercayai mitos berantai yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp dan aplikasi media sosial yang lain dan tidak diketahui kesahihan sumbernya. Disebabkan itu, Allah SWT telah mengingatkan kita untuk selalu bertabayyun dalam menerima penyampaian berita, seperti di dalam surah al – Hujurat ayat 6 yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

Sanggupkah kita bergelar ‘pembunuh’ bagi sekelian umat manusia hanya kerana satu mesej berantai yang disebarkan oleh sumber yang tidak jelas? Kita tahukan perbuatan fitnah dan menyebarkannya adalah satu perbuatan berdosa dan haram? Tapi masih ada juga yang lebih mempercayainya daripada bertanyakan kepada yang pakar seperti pengamal perubatan, para doktor, jururawat dan barisan hadapan yang lain.

Jika benar apa yang disampaikan itu, di mana laporan rasmi perubatan? Ini suatu perkara yang serius dan boleh diambil tindakan kerana merahsiakan kematian dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Keterangan 1950 (Akta 56) atau Seksyen 22 Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tidak ada keperluan untuk Kerajaan merisikokan hidup para rakyatnya kepada sesuatu benda yang membahayakan. Jika benar, bagaimana Kerajaan ingin meneruskan kelangsungan ekonomi dan pembangunan negara? Sudah tentu Kerajaan mengharapkan kita untuk meneruskannya dan disebabkan itulah wujudnya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini. Rasulullah SAW bersabda:

“Kamu wajib patuh dan setia, samada dalam keadaan susah atau senang,suka atau duka dan walaupun merugikan kepentinganmu.” (HR Muslim).

Mungkin sekarang kita tidak nampak keberkesanannya kerana masih terus dibayangi oleh jumlah angka jangkitan harian yang semakin meninggi. Akan tetapi percayalah, kita mampu untuk melawan serangan pandemik Covid-19 ini jika kita semua mematuhi saranan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan berkenaan isu vaksinasi ini. Mereka dan para petugas barisan hadapan telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan kita melalui kempen-kempen kesedaran. Sekarang ini, giliran kita. Usah lagi percaya dengan mitos berantai media sosial sebaliknya bertanyalah kepada yang pakar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here