May be an image of 9 people and text that says 'YDP AGONG BERPERANAN SEBAGAI TONGGAK KESTABILAN, SUMBER KEADILAN, TERAS PERPADUAN & PAYUNG PENYATUAN'

Malaysia merupakan sebuah negara berpelembagaan yang terdiri dengan berbilang kaum, agama dan bangsa. Secara amnya, Malaysia diwakili dengan 13 buah negeri dengan sembilan daripadanya mempunyai Raja Berdaulat dan empat daripadanya terdiri daripada Yang di-Pertua Negeri. Jika keluarga mempunyai ketua keluarga iaitu bapa bagi membentuk institutusi sesebuah keluarga sudah tentu negeri serta negara juga memerlukan seorang ketua bagi memastikan pentadbiran diselia dengan baik.

Oleh demikian, dapat kita menyemak semula sejarah ketika negara masih belum memiliki institusi politik yang tersusun, Raja-Raja Melayu lah yang berperanan mewakili serta mengatur bagi membela nasib serta kepentingan bangsa. Kemerdekaan yang kita perolehi pada tahun 1957 sehingga sekarang juga hasil pencapaian kata sepakat antara institusi raja, rakyat dan kerajaan Inggeris. Ini menunjukkan peranan sistem beraja yang harus kita hormati atas keamanan yang kita miliki pada hari ini.

Pada awal tahun ini, disebabkan krisis pandemik COVID-19 menghentam negara Yang di-Pertuan (YDP) Agong telah mengistiharkan proklamasi darurat bagi menangani isu wabak COVID-19 yang telah menjadi kerisauan YDP Agong dengan ribuan kes harian dicatatkan tidak kurang juga berpuluh kematian di rekodkan dengan keadaan peralihan kuasa berlaku dalam negara ketika itu.

Ikutkan, jikalau tiada Raja Pemerintah ketika itu sudah pasti negara kacau bilau disebabkan tiada pemerintah yang boleh diharapakan bagi mempimpin dan menguruskan negara. Begitulah peranan sebenar serta fungsi sistem raja pemerintah dalam keadaan genting negara yang sedang berdepan dengan dua isu besar iaitu peralihan kuasa dan kemelut pandemik COVID-19 bagi mengekalkan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara. YDP Agong dilihat selalu ke hadapan dalam memastikan segala urusan negara berada dalam keadaan baik dan terurus.

Akhir kalam, keprihatinan kedaulatan Raja-Raja hari ini bukanlah satu perkara yang asing kerana semenjak dahulu lagi institusi raja berusaha memerdekaan negara agar rakyat dapat memimpin dengan sendirinya tanpa campur tangan penjajah. Institusi di Raja juga bukan sahaja berperanan bagi mengetuai sesebuah negara malahan merupakan tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan & payung penyatuan bagi terus memelihara rakyat di samping menjamin kesejahteraan Malaysia yang di ketahui mempunyai pelbagai latar belakang kaum, agama serta bangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here