Semua tahu apa yang terjadi sejak 28 Ramadhan lalu kan? Bagaimana Z10n1$ Laknatullah telah menyerang serta membedil negara saudara seIslam kita, Palestin hingga menyebabkan ribuan warganya syahid tidak kira kanak-kanak, warga emas mahupun golongan wanita. Duka itu turut dirasai oleh pemerintah utama negara, Yang Di-Pertuan Agong. Lalu, dengan keadaan itu Baginda telah menitahkan agar semua masjid di seluruh Malaysia menunaikan solat hajat “Malaysia berdoa untuk Palestin”.

Bukan sekadar Yang Di-Pertuan Agong, pihak Kerajaan juga turut mengutuk tindakan kejam dari pihak Z10n1$ itu dan menyifatkan ia suatu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan. Malah, tindakan ini juga boleh diklasifikasikan pembantaian etnik secara besar-besaran dan secara tidak langsung ia melanggar Perjanjian Geneva atau Geneva Convention 1980. Sebagai rakyat Malaysia atau lebih tepat umat Islam, tidakkah kita merasa sakit, sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi kepada saudara seagama kita? Para pemimpin dan pemerintah kita bersungguh-sungguh melahirkan rasa dukacita mereka dan menyeru solat hajat diadakan, apakah kita mahu duduk diam? Daripada Abdullah bin Umar RA mengkhabarkannya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat.” (HR Bukhari).

Wahai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama menyambut seruan pemerintah kita untuk sama-sama menzahirkan solidariti kita kepada para saudara Islam kita di Gaza, Palestin. Tunjukkan kepada mereka bahawa rakyat Malaysia sentiasa patuh akan arahan pemerintah mereka dan sentiasa bersiap-siaga dalam apa jua keadaan sekiranya diarahkan. Ini bukanlah seruan untuk “membunuh diri” dari pemerintah dan pemimpin, tetapi ia lebih kepada seruan untuk mendoakan serta bersatu-padu terhadap semua pihak atas nama kemanusiaan. Sabda Rasulullah SAW:

“Kamu wajib patuh dan setia, sama ada dalam keadaan susah atau senang, suka atau duka dan walaupun merugikan kepentinganmu.” (HR Muslim).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here