Seperti yang kita sedia maklum Pakatan Harapan (PH) telah menjadi sebuah kerajaan yang sah di negara ini sejak dari Mei 2018 apabila mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 baru-baru ini. Walaupun belum cukup 1 tahun PH memerintah negara, namun rakyat dilihat sudah tidak senang duduk oleh kerana sikap para pemimpin pada ketika ini yang dilihat tidak mempunyai pendirian.

Kita lihat sahaja pada manifesto PH, secara keseluruhan kerajaan pada hari ini dilihat telah gagal menunaikan segala janji mereka walaupun ada beberapa janji yang telah dilaksanakan. Segala janji-janji yang telah dibuat oleh mereka sebelum memenangi PRU-14 seperti “ jika hari ini PH berjaya takluk Putrajaya, esok harga minyak turun” hanya tinggal sebagai janji manis sekadar untuk meraih populariti daripada rakyat.

Selain itu, pada hari ini juga kita dapat saksikan kelemahan para pemimpin negara apabila ingin membuat sesuatu keputusan. Mereka kerap kali melakukan “u-turn” setelah membuat keputusan atau lebih mudah jika kita kata kerajaan pada hari ini dalam keadaan “flip flop”. Situasi ini jelas menunjukkan satu amalan yang tidak sihat kerana ia mampu memberikan kesan yang negatif kepada negara.

Seorang pemimpin yang baik perlu memberikan teladan yang baik

Reaksi rakyat terhadap kerajaan PH pada ketika ini berada pada tahap yang tidak memuaskan. Mereka seolah berasa jemu dengan sikap-sikap yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah menteri yang seringkali membuat kenyataan yang kurang bijak.

Pada tahun 2019 yang baru sahaja bermula ini, harapan rakyat adalah supaya para pemimpin kerajaan pada ketika ini supaya lebih mendekati rakyat dan memahami segala kehendak rakyat. Di dalam sesebuah negara yang berdemokrasi, rakyat adalah penentu kepada sesebuah kerajaan. Oleh itu, kerajaan diseru supaya lebih berazam untuk meningkatkan prestasi mereka kerana jika perkara ini berterusan tidak mustahil kerajaan PH akan dihukum pada PRU-15 nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here