Pengumuman mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH) semasa Pembentangan Bajet 2019 sudah pasti menggembirakan orang ramai. Namun, bagi golongan bujang ia adalah berita yang mengecewakan apabila mereka diketegorikan sebagai antara individu yang tidak layak menerima BSH 2019. Selain itu, berdasarkan laman web rasmi BSH penerima kad debit diskaun siswa bagi sesi 2017 dan 2018 juga tidak layak untuk memohon bantuan tersebut.

Walaupun pengumuman BSH 2019 fasa pertama dijangka memanfaatkan seramai 4.1 juta isi rumah namun masih ramai yang melahirkan rasa kecewa terhadap kerajaan kerana kategori bujang telah dilupuskan. Ekoran daripada pengumuman tersebut, rata-rata netizen telah melahirkan rasa tidak puas hati menerusi laman media sosial serta ada yang mendakwa kebajikan golongan bujang telah diketepikan.

Pembayaran fasa pertama BSH bujang akan diberikan pada penghujung Mac 2019

Oleh itu, berdasarkan maklum balas netizen di media sosial mengenai isu ini, pengumuman BSH untuk golongan bujang dilupuskan adalah tidak wajar. Hal ini kerana mereka mula membandingkan dengan bantuan yang mereka perolehi sebelum ini. Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa golongan bujang juga turut mempunyai tanggungan seperti tanggungan bulanan untuk ibu bapa, pembayaran bil-bil dan sebagainya.

Di samping itu, perkara ini juga turut mendapat perhatian daripada pakar ekonomi, Prof. Dr Barjoyai Bardai yang mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana golongan bujang juga memerlukan bantuan tersebut bagi menampung kos sara hidup mereka. Ini kerana lebih 50 peratus isi rumah di negara ini berada dalam tahap miskin dan ia termasuklah golongan bujang.

Isu BSH terus menjadi perbualan di media sosial dan pelbagai pendapat serta reaksi dapat dilihat. Ada di antara mereka yang mula mempersoalkan keputusan kerajaan yang meletakkan golongan bujang di bawah kategori pemohon yang tidak layak menerima BSH. Selain itu, tidak kurang juga ada yang mendakwa hak mereka telah dinafikan dengan melupuskan bantuan ini untuk mereka.

Kos sara hidup yang tinggi telah memberi kesan kepada semua golongan di negara ini maka tindakan kerajaan dengan mengembalikan BSH bagi golongan orang bujang adalah satu langkah yang baik namun apa yang kembali menghangatkan isu ini adalah jumlah wang tersebut. Pelbagai reaksi negatif telah diberikan oleh golongan bujang mengenai pengumuman ini.

Lebih 900,000 orang pemohon BSH 2019

Rata-rata maklum balas netizen menunjukkan mereka tidak berpuas hati mengenai jumlah yang telah diumumkan dengan mempertikaikan apakah yang boleh dilakukan dengan jumlah sekecil itu. Tidak kurang juga yang mengharapkan jumlah tersebut akan dinaikkan ekoran RM100 terlalu kecil di mana kita perlu menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Selain itu, ada juga yang memberikan pendapat sekiranya jumlahnya hanya RM100 maka adalah lebih baik kerajaan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka dan pendapat ini mendapat sokongan yang positif. Ini membuktikan bahawa golongan ini tidak lagi mengharapkan BSH sepenuhnya malah mengharapkan kerajaan dapat membuka peluang pekerjaan kepada mereka khususnya untuk graduan-graduan yang masih gagal mendapatkan pekerjaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here