Semenjak kekalahan Pakatan Harapan di Pilihan Raya Kecil (PRK) di Tanjung Piai, isu rombakan kabinet kembali menjadi tumpuan. Sehubungan itu, Tun Dr Mahathir telah menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan pandangan tersebut kerana ia menjadi tanggungjawab Perdana Menteri (PM).

Kekalahan besar calon Pakatan Harapan (PH) di Tanjung Piai jelas menunjukkan bahawa kepercayaan rakyat terhadap kerajaan PH semakin merosot. Oleh itu, langkah untuk membuat rombakan kabinet kini menjadi satu keperluan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Keputusan rombakan kabinet terletak di tangan Tun Dr Mahathir

Selain itu, ia juga akan menjadi peringatan kepada semua anggota kabinet supaya segera meningkatkan prestasi dalam langkah mengembalikan imej kerajaan. Mahu atau tidak, kepimpinan kerajaan perlu sedar bahawa rakyat sudah mula menilai kewibawaan dan keupayaan kerajaan PH dalam mentadbir negara.

Namun, tindakan merombak kabinet bukanlah berpunca daripada rungutan atau desakan orang ramai semata-mata. Malah, ia adalah tindakan bagi memperkemaskan lagi jentera kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar tertentu yang dilihat memberikan manfaat kepada rakyat dan negara.

Pemimpin PAS cadangkan nama Lim Guan Eng digugurkan

Justeru itu, tindakan untuk merombak kabinet adalah untuk memastikan individu yang memegang mana-mana jawatan penting adalah lebih berkaliber serta mahir dengan portfolio yang bakal dipegang. Oleh itu, satu penilaian yang teliti pasti akan diambil oleh Tun Dr Mahathir bagi memastikan penyampaian sistem kerajaan berjalan lancar serta mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Ketidaktentuan landskap politik negara perlu dipulihkan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan bagi mengelakkan situasi buruk berlaku terhadap ekonomi negara. Situasi ini jelas membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir sentiasa komited dalam pentadbirannya serta sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di barisan paling hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here