Pembangunan di bandar yang semakin meningkat membuktikan peningkatan kemajuan di kawasan tersebut. Tetapi pada masa yang sama ia juga telah menenggelamkan rumah-rumah daif yang masih wujud dalam kawasan bandar dan kebanyakan penghuni rumah daif ini merupakan kelompok B40 atau miskin bandar.

Ramai tidak mampu membeli rumah baru kerana harga yang sangat mahal

Kebanyakan rumah daif ini boleh dilihat di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor dimana rumah mereka tidak diselengara dengan baik serta kelihatan usang. Ini kerana, jumlah pendapatan yang kurang dan tidak berkemampuan untuk membeli rumah baru telah menyebabkan mereka memilih untuk terus tinggal di rumah yang sama.

Inilah bebanan yang terpaksa dihadapi mereka kerana kos sara hidup tinggi menyebabkan mereka tidak mampu menguruskan hal-hal rumah dengan baik hingga ada yang terpaksa tinggal walaupun siling rumah bocor, kipas siling dibiarkan rosak, tingkap pecah tidak diganti dan hanya menggantung kain untuk menutupnya.

Oleh kerana itu kerajaan memperuntukkan RM28.5 juta bagi program bantuan membaik pulih rumah daif di bandar bagi 2020 untuk mengatasi masalah penduduk golongan B40 di kawasan bandar yang tinggal di rumah usang. Mengikut statistik dikeluarkan data.gov.my, sebanyak 5,287 permohonan baik pulih rumah di bandar sudahpun diluluskan sepanjang tahun 2016 hingga 2018.

5,287 pemohon eKasih sudah diluluskan untuk membaik pulih rumah oleh kerajaan

Ia merupakan usaha kerajaan bagi membantu golongan B40 yang tidak mampu membeli rumah di kawasan bandar yang sangat mahal dan memulihkan keadaan rumah mereka supaya isi keluarga rumah dapat tinggal dengan selesa serta mempunyai kemudahan mencukupi. Bagi golongan B40 yang mahu memohon program ini boleh membuat permohonan atas talian iaitu ekasih.icu.gov.my.

Justeru, rumah daif di kawasan bandar perlu dibantu untuk seiring dengan pembangunan bandar bagi mengurangkan jurang ekonomi golongan miskin bandar. Jika tidak, negara kita tidak akan menjadi negara maju kerana jurang perbezaan ekonomi diantara penduduk dalam kawasan bandar masih tinggi seperti pepatah, yang kaya makin kaya dan miskin semakin miskin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here