Tahap pengangguran di kalangan graduan didapati masih tinggi walaupun negara memiliki jumlah graduan ijazah kelas pertama yang ramai. Berdasarkan statistik Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Tahun 2018 Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan bahawa bilangan graduan belum bekerja selepas satu tahun tamat pengajian bagi peringkat pengajian Ijazah Pertama dan ke atas adalah 30,765 orang atau 59.9 peratus daripada 51,365 graduan yang belum bekerja.

Sehubungan itu, terdapat beberapa punca graduan menganggur antaranya terlalu memilih pekerjaan. Sebagai contoh jawatan pengurus besar sahaja yang layak dengan ijazah yang mereka miliki. Apabila tiada kekosongan dalam jawatan, maka mereka lebih rela menjadi penganggur daripada melakukan kerja yang tidak setaraf atau sepadan dengan ijazah yang mereka miliki.

Sebanyak 7 dari 300  graduan tidak mahir bahasa Inggeris

Realitinya kebanyakan graduan juga gagal berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik semasa berhadapan dengan orang lain. Ini kerana banyak syarikat swasta sememangnya memerlukan pekerja yang mempunyai tahap penguatkuasaan bahasa Inggeris yang tinggi, jadi tidak mustahil majikan amat memandang tinggi dan memilih graduan yang fasih berbahasa Inggeris.

Justeru, terdapat segelintir majikan akan lebih berhati-hati memilih kriteria graduan yang mereka mahukan. Graduan yang mempunyai kelulusan yang tidak boleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur dalam tempoh yang lebih lama.

Graduan libatkan diri dalam bidang usahawan dengan membuka bengkel

Pengangguran juga akan terus berlaku sekiranya mereka tidak berusaha mencari alternatif baru bagi membina kerjaya persendirian atau menceburkan diri dalam bidang keusahawanan yang boleh membantu meningkatkan ekonomi selain memberi peluang pekerjaan kepada golongan lain.

Malah kekurangan pekerjaan dengan gaji setimpal yang ditawarkan kerajaan menyebabkan berlakunya kadar pengangguran di kalangan graduan. Hakikatnya kerajaan perlulah menyusun semula ekonomi untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan khususnya kepada graduan selain memberi mereka pendapatan dan gaji yang setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan.

Oleh itu, semua pihak khususnya graduan sewajarnya mencari jalan menangani isu ini. Mereka seharusnya bersedia melakukan sebarang pekerjaan yang ada sementara mencari kerja lain yang bersesuaian dengan kelayakan mereka dan dinasihatkan tidak terlalu memilih kerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here