May be an image of 1 person and text that says 'SEBUAH NEGARA AKAN HANCUR JIKA DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN FASIK YANG BERGELUMANG DENGAN DOSA DAN MAKSIAT'

Memetik kata-kata Saidina Umar Al –Khattab:

“Suatu negeri akan hancur meskipun dia makmur.” Mereka berkata, “Bagaimana suatu negeri hancur sedangkan dia makmur?” Ia menjawab, “Jika pengkhianat menjadi petinggi (pemimpin) dan harta dikuasai orang-orang fasik.”

Itulah yang bakal terjadi sekiranya kita salah dalam memilih para pemimpin untuk memimpin negara ini. Memilih pemimpin itu bukanlah terletak pada populariti, janji yang diberi atau madah perkataan yang diucapkan, tetapi memilih pemimpin itu adalah tertakluk dari segi kebijaksanaan, ketegasan dan juga adil terhadap semua perkara. Bahkan di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada seorang pun pemimpin yang menguasai urusan kaum Muslimin, lantas tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk kebaikan mereka dan tidak jujur kepada mereka, melainkan dia tidak akan masuk syurga bersama mereka.” (HR al-Bukhari).

Seperti yang kita semua maklum, dalam kita menghadapi pandemik Covid-19 yang tidak tahu bilakah pengakhirannya, negara kini juga bergelut dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan. Ramai di kalangan ahli-ahli politik kini sudah mengatur strategi masing-masing bagi melaksanakan cita-cita peribadi mereka. Namun, apa yang akan terjadi sekiranya pemerintahan negara ini jatuh ke tangan pemimpin yang fasik? Tidak perlu dinyatakan secara spesifikasi siapa gerangannya dan perbincangan ini dilakukan secara umum. Salah memilih pemimpin akan menyebabkan negara ini akhirnya jatuh ke tangan pemimpin fasik yang cuma mahu memenuhi keinginan nafsu gila kuasa mereka dan berpihak kepada perkara-perkara yang batil?

Meskipun luarannya kelihatan aman, tetapi dalamnya hancur akibat perbuatan pemimpin-pemimpin yang zalim. Ini kerana mereka mempunyai kuasa untuk mengawal segala-galanya. Bayangkan, seorang pemimpin fasik yang dilantik menyetujui pembubaran akta syariah, akta keluarga Islam, menghapus institusi Islam, menyokong pergerakan LGBT, kesaksamaan gender dan pergerakan Liberalisme serta Sekularisme, adakah ini yang kita mahukan berlaku di dalam negara yang Agama Rasmi Persekutuannya adalah Islam? Apa akan jadi dengan majoriti umat Islam di negara ini? Merempat di bumi sendiri?

Fikir-fikirkanlah! Adakah kita harus menolak agama demi untuk menaikkan kepimpinan yang fasik lagi zalim? Usah tangkap muat dalam memilih pemimpin, sebaliknya pilihlah pemimpin dari segi ketaatannya kepada Allah SWT, RasulNya dan sentiasa menjadikan al-Quran dan As – Sunnah sebagai panduan. Sabda Rasulullah SAW bersabda:

“Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara. Jika kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, maka kamu pasti tidak sesat untuk selamanya iaitu: al-Quran dan sunnahku.” (HR Imam Malik).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here