Saban hari kedatangan warga asing ke negara kita semakin meningkat bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Negara kita dianggap sebagai lombong emas kerana negara kita mempunyai banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor pekerjaan seperti sektor pertanian, perkilangan, pembinaan dan perladangan. Walaupun kehadiran mereka dapat membantu membangunkan ekonomi negara, namun terdapat beberapa kesan negatif apabila warga asing masuk ke negara kita. Oleh itu, kerajaan seharusnya mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menangani masalah ini.

Menurut Laporan Akhbar Harian Metro melaporkan bahawa lebih 100,000 daripada 500,000 warga Aceh di negara ini dipercayai menguasai sektor peruncitan dan perkhidmatan dengan sebahagian besarnya bertumpu di sekitar Lembah Klang. Perniagaan Aceh ini dipercayai dilindungi warga tempatan yang membenarkan nama mereka digunakan dalam lesen dan mengaku pemilik kedai apabila operasi dilancarkan pihak berkuasa tempatan, khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Keratan Akhbar Berita Harian pada 21 Mei: Dana ‘bawah tanah’ perluas rangkaian Aceh.

Kemasukan warga asing ini memberi kesan besar ke atas ekonomi negara kita. Pengaliran keluar mata wang negara pada kadar yang banyak pada setiap bulan bakal merugikan negara dari segi tukaran wang asing dan menguntungkan negara asal warga asing ini. Selain itu, kemasukan warga asing juga telah menyebabkan persaingan dalam ekonomi di antara warga asing dan warga tempatan. Ramai warga asing mengambil kesempatan untuk membuka perniagaan di kawasan-kawasan yang padat sehingga memberikan kesan kepada peniaga-peniaga tempatan yang sedia ada. Kehadiran mereka telah menjejaskan banyak peluang peniaga tempatan untuk mencari rezeki khususnya para peniaga kecil yang hanya bergantung pendapatan daripada hasil perniagaan semata-mata. Penguasaan mereka dalam sektor peruncitan menunjukkan seolah-olah negara ini dikuasai dan dimonopoli mereka. Adakah kita mahu membiarkan sahaja perkara ini?

Warga Asing Acheh turut membuka kedai gunting rambut di sekitar Lembah Klang

Justeru, kerajaan perlulah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk melaksanakan operasi bersepadu dengan mengawal serta memantau pintu masuk negara dan kawasan pesisir pantai yang menjadi tempat pendaratan PATI ini. Mereka juga perlu melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan dan menghantar warga asing seperti Operasi Pemutihan, Operasi Nyah dan Operasi Mega bagi membendung kebanjiran kemasukan warga asing khususnya kepada mereka yang menjalankan perniagaan secara haram di negara ini. Diharapkan masalah ini dapat dibendung agar ia tidak terus berlarutan sehingga mendatangkan kesan negatif daripada aspek sosial dan ekonomi kepada negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here