Seiring dengan peredaran masa, industri sukan tanah air semakin mendapat tempat di hati masyarakat kita. Namun, kekangan kewangan dalam industri sukan negara sering menjadi penghalang kepada program-program akar umbi.

Walaupun dari masa ke semasa perkembangan sukan negara semakin positif, hakikat di mana industri sukan masih memerlukan bantuan dana tidak dapat disangkal. Selain itu, sokongan kewangan bagi program pembangunan dan penganjuran sukan juga sering kurang berjaya gara-gara kekurangan bajet.

penganjuran Le Tour De Langkawi merupakan acaran tahunan yang dianjurkan Malaysia sejak 25 tahun lalu

Oleh itu, saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir kepada syarikat korporat tampil memberi suntikan dana kewangan dalam menyokong penganjuran aktiviti sukan dalam negara wajar mendapat perhatian. Selain itu, melalui penganjuran sukan antarabangsa bukan sahaja merancakkan lagi sektor pelancongan malah memberi impak kepada ekonomi setempat melalui perbelanjaan pelancong asing.

Penganjuran sukan antarabangsa seperti perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) adalah salah satu contoh terbaik di mana Petronas sering menjadi penaja utama bersama beberapa syarikat korporat yang lain.

Tajaan dan suntikan kewangan daripada sektor swasta sangat penting dalam memastikan penganjuran aktiviti sukan dapat dijalankan dengan lancar. Di samping itu, penglibatan sektor swasta dalam penganjuran aktiviti sukan negara juga dapat membantu dalam mempromosikan Malaysia sekaligus merancakkan lagi sektor pelancongan.

Hafiz syahriz merupakan salah seorang atlet yg memerlukan penaja

Ironinya, industri sukan negara memerlukan komitmen dari pihak swasta bagi memberi sokongan kewangan untuk menaja industri sukan negara bukan sahaja untuk penganjuran. Malah, ia juga sebagai platform terbaik untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat anak muda dalam sukan di mana mereka mungkin menjadi ahli sukan profesional pada masa hadapan.

Selain itu, ia juga sebagai salah satu cara terbaik bagi mengharumkan nama negara di persada dunia walaupun Malaysia hanyalah sebuah negara bersaiz kecil. Kebergantungan industri sukan negara dalam mendapatkan dana daripada kerajaan belum cukup melonjakkan tahap sukan negara seiring dengan negara-negara lain tanpa bantuan sektor swasta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here