Revolusi teknologi yang bergerak semakin pantas pada masa kini ‘memaksa’ masyarakat dunia meraikan kemajuannya dalam segenap aspek kehidupan termasuk pengurusan rekod peribadi dalam talian. Pelbagai transaksi beralih kepada sistem pengurusan elektronik yang dilihat lebih efisyen dan mesra alam sekitar.

Transaksi atas talian lebih efisyen dan mudah tetapi masih berisiko untuk diceroboh

Namun, kemudahan seperti ini tidak datang tanpa risiko. Isu berkaitan privasi dan keselamatan individu menjadi kebimbangan sesetengah individu. Apa tidaknya, kebocoran data peribadi pernah berlaku dan 46.2 juta nombor telefon bimbit daripada pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan dibocorkan dalam talian.

Apabila inisiatif e-Tunai dilancarkan, ramai yang telah menuntut RM30 percuma dalam beberapa platform e-dompet utama seperti Boost, Touch N Go dan GrabPay, namun timbul pula isu bahawa data peribadi akan disimpan serta dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Akibatnya, sesetengahnya masih ragu dan takut untuk menggunakan inisiatif tersebut kerana bimbang maklumat mereka disalah gunakan.

Isu data peribadi ini bukanlah perkara ringan yang diambil mudah tak kira dimana-mana negara. Mungkin sesetengah pihak sengaja menimbulkan kebimbangan awam untuk menakutkan rakyat malah seolah-olah ingin menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia tidak menghiraukan rakyat dan keselamatan data negara.

Data peribadi sentiasa akan menjadi keutamaan buat penyedia perkhidmatan yang memerlukan data peribadi pelanggan. Kepercayaan pelanggan menjadi keutamaan dan jika penyedia perkhidmatan tidak dapat membuktikan kebolehan mereka untuk menjaga data peribadi yang sulit, sudah pastilah tiada pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka.

Aduan boleh dilaporkan kepada kementerian jika penyedia perkhidmatan melanggar mana-mana peraturan

Tambahan lagi, negara juga mempunyai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau dikenali sebagai Akta 709 yang melindungi para pengguna. Dalam Akta 709, ada 7 prinsip utama yang wajib diketahui oleh penyedia perkhidmatan dan para pelanggan. Jika penyedia perkhidmatan tidak mengikut mana-mana di antara 7 prinsip yang digariskan, aduan boleh dilakukan pada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Secara umumnya, data peribadi yang disimpan di talian masih lagi selamat kerana kerajaan sudah menyediakan perundangan yang perlu untuk melindungi pengguna. Namun, kerajaan mahupun penyedia perkhidmatan perlu mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan agar data peribadi tidak mudah diceroboh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here