Kenapa vaksin sangat penting dalam kehidupan manusia? Manfaat vaksin paling asas adalah untuk mencegah penularan penyakit. Kini, Sudah hampir dua tahun kita hidup di dalam era pandemik Covid-19 dan para penyelidik seluruh dunia masih bekerja keras untuk mencipta vaksin terbaik bagi melawan virus ini. Disebabkan wabak ini sudah meragut nyawa lebih 2 juta orang seluruh dunia, keperluan penghasilan vaksin berada ditahap yang paling kritikal.

Penemuan vaksin Covid-19 adalah amat diharapkan kerana wabak ini bukan sahaja telah meragut nyawa, tetapi juga telah menyebabkan pelbagai sektor seperti ekonomi, pendidikan dan kesihatan terjejas teruk. Oleh itu, penghasilan vaksin Covid-19 diharap dapat membantu mengekang wabak ini dan memperbaiki keadaan.

Maka, penemuan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca, Sinovac dan Pfizer ia adalah satu harapan baru kepada manusia seluruh dunia. Apa yang penting kesemua produk vaksin ini adalah untuk mencegah jangkitan dan memberi imuniti kepada penerima vaksin. Kemajuan teknologi masa kini benar-benar memberi manfaat kepada kita semua terutamanya dalam keadaan sekarang sehingga membolehkan para saintis mencipta vaksin Covid-19 dengan secepat mungkin.

Oleh itu, keraguan atau diskriminasi terhadap mana-mana vaksin ini tidak seharusnya berlaku. Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin bahawa pendirian Malaysia adalah jika vaksin itu diterima oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) maka negara-negara lain juga harus mengiktiraf mereka yang sudah divaksin. Apatah lagi formula vaksin tersebut adalah sama walaupun ia dihasilkan dikilang yang berbeza.

Maka, tindakan Kesatuan Eropah (EU) hanya mengiktiraf vaksin AstraZeneca yang diluluskan Agensi Perubatan Eropah (EMA) adalah tidak wajar. Mana mungkin vaksin boleh dihasilkan oleh beberapa kilang tertentu sahaja bagi menampung keperluan orang ramai diseluruh dunia. Bukankah kita semua bersama-sama ingin menangani krisis kesihatan ini? Jadi, mengapa ada syarat-syarat tertentu yang cenderung kepada perbuatan diskriminasi terhadap vaksin pembuatan negara lain?

Selagi mana penghasilan dan pembuatan vaksin tersebut mengikut formula dan standard yang ditetapkan maka, isu lokasi penghasilannya tidak perlu dipertikaikan. Lagi pun, atas alasan apa vaksin yang dihasilkan di Asia tidak diterima oleh negara Eropah? Bukankah nyawa dan manusia lebih penting? Tidakkah kita mahu kembali kepada kehidupan asal di mana semua orang bebas pergi ke mana sahaja tanpa bimbang akan penularan penyakit? Tidak kira negara Asia, Barat atau mana sekali pun kita perlu saling bekerjasama supaya fasa yang memilukan ini berlalu secepat mungkin.

#vaksinpfizer #vaksinsinovac #vaksinAZ #janjivaksin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here