Perkembangan teknologi komputer, smartphone, tablet pada masa kini yang semakin pesat menjadikan sebaran virus kini tidak hanya bertujuan untuk merosakkan sistem, data, perisian, dan melumpuhkan rangkaian komputer, tetapi ia lebih dari itu malah melangkah lebih jauh dan canggih.

Oleh kerana wujudnya kecanggihan teknologi pada zaman sekarang maka wujudlah aktiviti yang dinamakan sebagai perang siber. Peperangan siber atau juga dikenali sebagai perang siber adalah perang yang berlaku di dunia internet (dunia siber). Perang ini akan bersenjatakan dengan sambungan internet dan juga komputer. Aktiviti yang berlaku dalam peperangan siber secara dasarnya adalah aktiviti penggodaman yang dijalankan secara rasmi oleh sesebuah kerajaan untuk mencuri data musuhnya dan digunakan oleh penjenayah siber untuk melakukan jenayah siber.

jenayah siber juga berisiko untuk menjadi mangsa penipuan

Walaubagaimanapun, perlu kita ketahui bahawa terdapat beberapa jenis serangan siber yang sering digunakan oleh pakar penggodam di seluruh dunia antaranya adalah Worm, Trojan, Phishing, Keylogging, Cross-Site Scripting dan Web Defacement. Jika dilihat pada namanya mungkin berbeza tetapi fungsinya tetap sama iaitu untuk menceroboh masuk ke dalam sesebuah sistem tetapi apa yang membezakannya adalah tahap kecekapan sesebuah virus itu berfungsi.

Serangan siber boleh berlaku dalam bentuk penghantaran bom e-mel, spam, gangguan, ancaman penggodam, serangan virus, penafian perkhidmatan dan pencerobohan yang akan mengakibatkan kerugian besar serta menyebabkan kehilangan maklumat sulit syarikat mahupun kerajaan.

Oleh itu, perlu kita sedari bahawa perang siber ini adalah satu ancaman bagi sesebuah negara khususnya negara kita sendiri. Hal ini kerana kebebasan berkomunikasi dan menyalurkan pelbagai bentuk informasi dalam ruang internet dan media-media sosial juga berpotensi meningkatkan kebarangkalian berlakunya hasutan dan perbalahan yang boleh mencetuskan konflik dan menggugat kestabilan di dalam atau antara negara.

jenayah siber akan dilakukan oleh penggodam yang mempunyai kemahiran tinggi

Pihak kerajaan perlu bersiap sedia dengan mewujudkan benteng pertahanan negara dalam bidang keselamatan siber kerana serangan dan peperangan siber adalah ancaman yang perlu ditangani dengan serius. Undang-undang yang merangkumi pelbagai aspek perlu digubal secepat mungkin bagi membolehkan tindakan pantas dapat diambil untuk menghalang perlakuan jenayah siber oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru itu, pendedahan awal perlu diberikan kepada generasi muda agar mereka sedar tentang kewujudan era perang siber pada zaman serba canggih kini. Malaysia juga perlu melatih modal insan yang mempunyai pengetahuan dalam bidang memantau keselamatan siber. Para pelajar juga perlu diberikan pendedahan dan diajar teknik-teknik yang selalu digunakan oleh penggodam untuk mengetahui kelemahan sesebuah sistem dan mencadangkan penambahbaikan yang perlu bagi mengelakkan sistem dikompromi anasir jahat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here