May be an image of ‎5 people and ‎text that says '‎Seri Paduka Baginda amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan Covid-19 Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan ดลก bagi memulihkan semula ekonomi negara. TEE LH メビル ነ ×دی SESI SIDANG PARLIMEN YDP AGONG BERI TITAH BINCANG ISU PANDEMIK COVID-19 BUKANNYA BAWA AGENDA UNDI TIDAK PERCAYA‎'‎‎

Pelaksanaan sidang Parlimen pada 26 Julai nanti sudah tentu akan ditunggu-tunggu rakyat. Tujuan sidang kali ini yang akan diadakan selama lima hari adalah untuk membincangkan isu permasalahan rakyat dan penularan Covid-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini. Malah, ia juga akan menjunjung titah YDP Agong yang mahu sidang Parlimen diadakan supaya kesemua Ahli Parlimen akan berbincang tentang isu rakyat dan masalah pandemik dalam negara.

YDP Agong telah menzahirkan pendapat tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan disebabkan penularan Covid-19 dan bagi memulihkan ekonomi negara. Oleh sebab itu kesemua Ahli Parlimen perlu menjunjung titah YDP Agong ini untuk melakukan perkara sama ketika sidang Parlimen berlangsung nanti dan tidak membawa isu politik seperti usul undi tidak percaya.

Sidang Parlimen pada 26 Julai nanti sangat penting supaya kerajaan dapat memberi penerangan kepada kesemua Ahli Parlimen berkenaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan membentangkan ordinan proklamasi darurat yang dilaksanakan kerajaan. Malah, ahli-ahli Parlimen juga dapat diberikan peluang untuk menyuarakan idea dan pendapat bagi membantu kerajaan mengawal penularan Covid-19 yang tidak menunjukkan penurunan sejak awal tahun ini.

Fokus utama yang perlu menjadi kepentingan kesemua ahli Parlimen nanti adalah mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan negara dan bukannya permasalahan politik. Ini kerana dikala negara berhadapan masalah pandemik, ada ahli-ahli politik masih mahu mencetuskan polemik politik kuasa untuk menjatuhkan kerajaan.

Pemimpin-pemimpin vokal seperti Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi, Najib Razak dan Tun Mahathir masih berhasrat untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada PM kerana mereka merasakan Muhyiddin Yassin telah kehilangan majoriti dan kononnya negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil. Sedangkan perkara itu tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana kerajaan sedia ada masih lagi berjuang dalam memerangi pandemik ini dan pertukaran kerajaan juga tidak menjaminkan masalah ini akan selesai begitu sahaja.

Rakyat tidak perlukan masalah politik dan sudah semestinya tidak mahu sidang Parlimen nanti disalahgunakan untuk kepentingan politik oleh pemimpin-pemimpin yang hanya mahu berpolitik tanpa ada perasaan. Titah YDP Agong tentang pelaksanaan sidang Parlimen perlu dijunjung ahli Parlimen dan tumpukan kepada permasalahan rakyat sahaja dari politik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here