Program Sarapan Percuma (PSP) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun dilaksanakan bagi memanfaatkan lebih 4,000 pelajar dari 100 buah sekolah seluruh negara. Ianya merupakan program bagi menggantikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) oleh kerajaan terdahulu dan ditambah baik untuk menerapkan pengambilan sarapan pagi dan gaya hidup sihat kepada pelajar sekolah.

Ia merupakan idea daripada mantan Menteri Pendidikan, YB Mazlee Malik dan sebelum ini program tersebut akan dimanfaatkan kepada 2.7 juta pelajar sekolah rendah dengan peruntukan sekitar RM2 bilion setahun. Tetapi ianya telah ditambah baik dan hanya diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan sahaja.

Program ini adalah cetusan idea daripada YB Maszlee Malik ketika menjadi Menteri Pendidikan

Keputusan tersebut dilakukan bagi mengelakkan pembaziran makanan jika pelajar yang berkemampuan tidak mahu mengambil sarapan percuma kerana sudah bersarapan di rumah atau membawa bekal sendiri. Ianya merupakan langkah bagus tetapi kerajaan perlu juga melihat situasi sesetengah pelajar berkemampuan yang tidak bersarapan kerana ibu bapa keluar rumah awal dan tidak sempat untuk menyediakan sarapan.

Situasi begini akan mengakibatkan kerajaan tidak dapat mencapai matlamat asal dalam mengalakkan pelajar mengambil sarapan pagi dan ia juga boleh menimbulkan ketidakadilan kepada pelajar yang lain.

Makanan sarapan percuma ini akan dihidangkan secara sihat kepada pelajar

KPM dan pihak sekolah seharusnya menyediakan dahulu borang persetujuan kepada ibu bapa sama ada mereka mahu anak-anak mereka menyertai PSP ini atau tidak bagi mengelakkan pembaziran makanan. Dengan itu KPM dan pihak kantin sekolah boleh mendapat jumlah sebenar sarapan percuma yang akan diberikan kepada pelajar.

Maka, pihak KPM perlu mengambil kira situasi pelajar di sekolah dalam PSP ini kerana ia merupakan inisiatif yang baik kepada pelajar sekolah. Kerajaan juga perlu memastikan sarapan percuma ini dapat diagihkan kepada seluruh sekolah terlibat terutamanya di kawasan luar bandar kerana jumlah pelajar tidak berkemampuan adalah lebih banyak di kawasan luar bandar terutamanya Sabah serta Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here