Baru-baru ini terdapat kebanyakan suami isteri terpaksa mengambil bayi di talian. Prosesnya yang lebih mudah itu menyebabkan ramai mengambil bayi di talian, lebih-lebih lagi mereka yang sudah lama mendirikan rumah tangga. Sebagai contoh, kes seorang wanita mengambil bayi melalui laman sosial, walau bagaimanapun pihak berkenaan membatalkan rundingan itu kerana terdapat pihak menawarkan harga yang lebih tinggi untuk memiliki bayi tersebut.

Jual bayi ribuan ringgit atas talian

Terdapat beberapa taktik baru yang digunakan ahli sindiket dalam kes penjualan bayi yang dikesan berlaku secara atas talian apabila beberapa nama akaun kumpulan didapati menawarkan perkhidmatan memiliki anak angkat. Selain akaun yang mudah diakses, ia juga secara jelas meletakkan jumlah bayaran sagu hati perlu dibayar oleh keluarga angkat dengan kadar minimum RM5,000 selain harga bayi yang ditetapkan paling kurang serendah RM5,000 dan boleh mencecah sehingga RM10,000 mengikut kategori comel seseorang bayi. Pelanggan juga perlu membayar wang deposit antara RM2,000 hingga RM7,000 dengan alasan wang itu adalah untuk kegunaan pembayaran kos bersalin di hospital swasta dan sagu hati kepada ibu kandung untuk meneruskan kehidupan.

Sehubungan itu, mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 iaitu memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia 15 hari adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 48(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 20 tahun selain dikenakan denda bagi kesalahan berkenaan.

Pemerdagangan bayi: Pesalah dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan

Realitinya, kewujudan sindiket ini menyebabkan pasangan yang terdesak menggunakan jalan pintas selain sanggup membayar harga yang tinggi semata-mata mahu mendapatkan bayi yang dipelihara seperti anak sendiri tanpa memikirkan risikonya. Namun di sebalik kewujudan sindiket ini, masih terdapat segelintir ibu bapa yang sanggup menunggu lama semata-mata mahu mendapatkan bayi untuk dijadikan anak angkat mengikut saluran yang betul selain tidak menyalahi undang-undang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here