Perbuatan khianat dan zalim merupakan dosa besar yang mendapat ancaman berat, tidak kira dilakukan siapa pun. Allah SWT beri amanah kepada setiap manusia maka siapa saja yang mengkhianatinya nescaya tersedia baginya azab yang pedih.

Nabi SAW bersabda,

“ Takutlah kamu kepada kezaliman, kerana kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat. ” ( Riwayat Bukhari & Muslim )

Sabda Nabi SAW.

“ Tidak ada seorang hamba diberikan kepimpinan oleh ALLAH, mati pada hari matinya dalam keadaan khianat kepada rakyatnya kecuali ALLAH haramkan keatasnya syurga. ” ( Riwayat Muslim )

Ironinya pada hari ini kita dapati manusia merebut – rebut jawatan kepimpinan. Apa yang disebutkan oleh Nabi 1400 tahundahulumenjadinyata, Rasulullah SAW bersabda:

“ Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita – cita terhadap kepemimpinan, pada hal kelak di Hari Kiamat ia menjadi penyesalan. ” ( Riwayat Bukhari )

Islam hakikatnya melarang daripada meminta jawatan kepimpinan, dan melarang beri jawatan kepada orang yang memintanya. Pemimpin pengkhianat seperti ini memang tidak layak untuk menjadi pemimpin negara yang diterajui oleh pemimpin Islam.

Rasulullah SAW bersabda:

“ Kami tidak akan beri jawatan pemerintahan kepada orang yang meminta dan orang yang bercita – cita untuk dapatkannya. ” Rasulullah bersabda, “ Wahai Abdur rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta kepemimpinan. Kerana jika engkau diberi tanpa meminta nescaya engkau akan ditolong. Namun jika diserahkan kepadamu kerana permintaanmu nescaya ia akan dibebankan kepadamu. ” ( Riwayat Bukhari )

Termasuk pemimpin yang khianat juga adalah pemimpin yang duduk bersama atau bekerja sama dengan pemimpin kafir untuk menentang Islam, menjadikan orang kafir yang menentang Islam tersebut sebagai kawan rapat atau sekutu rapat mereka. Sedangkan perbuatan tersebut amat dilarang oleh Allah SWT malah mendapat ancaman keras daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “ Janganlah orang – orang yang beriman mengambil orang – orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang – orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan yang demikian maka tiadalah dia ( mendapat perlindungan ) dari Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka ( yang kafir itu ). ” ( QS Ali Imran: 28 ).

Kita tidak dapat nafikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ) adalah pengkhianat bangsa, agama dan negara. Sudah banyak kejahatan yang dilakukan oleh DSAI sama ada melakukan berbagai perancangan untuk menumbangkan kerajaan yang sah, berpakat dengan pemimpin DAP yang memusuhi Islam, sedangkan parti DAP berjuang untuk membawa pemerintahan negara ke arah sekular dan liberal. DSAI juga pengkhianat negara kerana menjadi tali barut dan agenYahudi serta agen gerakan liberal peringkat antarabangsa. Malah berbagai perkara lagi yang dilakukan oleh DSAI yang memang selayaknya dia digelar pengkhianat, munafik, hipokrit dan sebagainya lagi.

Namun, apa yang menyedihkan adalah sekarang ini memang sudah ada beberapa pemimpin UMNO yang mula terkena jerat DSAI dan turut menyokong gerakan jahat DSAI untuk menumbangkan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Mahyuddin Yasin ( TSMY ). Malah pemimpin UMNO ini juga menyatakan minat mereka untuk bekerjasama dengan DAP dan mendesak UMNO supaya meninggalkan Maufakat Nasional ( MN ). Cuma pemimpin UMNO yang terliur kepada DAP dan PH itu hanyalah beberapa pemimpin yang terdesak dan ‘ laparkan jawatan ’ demi kepentingan diri sendiri. Ia keputusan individu bukan keputusan parti UMNO secara keseluruhan. Jika ada pemimpin yang berkepentingan seperti Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ( DSNR ), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ( DSZH ) dan beberapa pemimpin UMNO lain yang sehaluan atau menjadi geng mereka, itu kita tak dapat halang.

Biarlah rakyat khususnya orang Melayu Islam dapat menilai sendiri betapa jahatnya pemimpin yang mengkhianati perjuangan untuk mengekalkan politik orang Melayu Islam sehingga sanggup menjadi penyokong pengkhianat seperti DSAI dan sanggup pula untuk bekerjasama dengan DAP yang memusuhi Islam dan menentang hak – hak orang Melayu di negara ini. Namun, perkara ini tidak pernah menjadi ‘ peluntur ’ kepada kesegaran muafakat parti Islam yang setakat ini didukung penuh oleh ahli – ahli PAS dan UMNO di seluruh negara. Kita berharap penerimaan parti BERSATU untuk menganggotai MN juga akan menambahkan lagi kekuatan permaufakatan parti Islam di negara ini.

Kepada semua pemimpin Melayu sama ada UMNO, PAS dan BERSATU yang menjadi komponen sebuah pakatan parti Islam, insaflah, sesungguhnya perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara, jauh lebih utama daripada kepentingan peribadi. Ingatlah bahawa semua pemimpin UMNO, PAS dan BERSATU adalah seperti adik – beradik. Ketahuilah, bekerjasama dengan DSAI sebenarnya memberikan nyawa kepada agenda DAP yang pro ultra liberalisme. Ingatlah kepada anak cucu cicit yang akan mewarisi. Kita yang sudah tua akan meninggalkan dunia ini, siapakah yang akan mewarisi, kalau bukan anak cucu cicit kita.

Oleh itu, sudah sampai masanya satu ikatan Melayu Islam perlu dibentuk sesuai dengan suruhan Allah di dalam al – Quran. Di samping menyedari kesan buruk daripada perpecahan itu adalah akan munculnya kuasa politik bukan – Islam yang mengancam agama Islam dan orang Melayu. Hakikat itu sudah terbukti seawal PH – DAP memenangi pilihanraya. Apabila muafakat itu demi agama dan persaudaraan ianya akan terus relevan sampai bila – bila dan jangan sekali – kali ada tangan yang cuba merombaknya.

Walau apapun yang berlaku dalam PN dan MN, parti komponen Kerajaan PN iaitu parti UMNO, PAS dan BERSATU jangan sekali – kali mengambil sikap mahu bersendiri. Kerana tiada siapa yang akan menang dan menjadi kerajaan jika bersendiri. Kecuali keluar dari PN atau MN, dan menjual diri dengan harga yang murah kepada DAP dan PH. Oleh itu, hentikan segala perseteruan terutamanya antara dua parti Melayu iaitu parti UMNO dan BERSATU yang berlaku selama ini. Ia tidak menguntungkan sesiapa pun melainkan pihak lawan masing – masing. Marilah kita mencari jalan untuk bertaut semula seperti sebelumnya. Marilah kita tanamkan satu tekad dan kepercayaan untuk berjuang dan menyumbang kepada bangsa teras dan mentadbir tanah air ini sebagai rumah terbaik untuk semua.

Bagi pemimpin UMNO dan BERSATU yang sedang bersengketa, sedarlah jika UMNO dan PAS yang saling berseteru puluhan tahun dahulu pun boleh mengetepikan ego masing – masing lalu kembali bertaut menjadi saudara, masakan UMNO dan BERSATU tidak boleh mengambil langkah yang sama. Mari kita berpakat baik – baik, jika mahukan umat Melayu Islam terus berkuasa dan DAP atau PH dinafikan di Parlimen. Kalau niat kita ikhlas Allah SWT akan membantu dan memberikan pertolongan yang besar kepada kerajaan ini.

Lepas itu jaga perpaduan ini baik – baik. Jangan ada siapa lagi yang nak jadi ‘ Abang Long ’ kepada siapa. Kerana siapa pun yang jadi Abang Long dia tetap tidak akan mampu hidup sendiri tanpa Abang Ngah dan Abang Chik. Pembahagian kerusi setiap parti akan memerlukan dua parti rakannya, tujuannya agar tidak berlaku dominasi yang memburukkan gabungan dan kerjasama. Untuk tujuan itu, kita hendaklah terus melangkah dengan nawaitu yang ikhlas demi agama, bangsa dan negara yang tercinta. Jangan letakkan kepentingan diri lebih utama dari perjuangan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here