Sedar atau tidak, syiah sememangnya sudah lama bertapak di Malaysia. Walau bagaimanapun, kekurangan menyiarkan laporan dan berita sebelum ini mungkin menyebabkan masyarakat kita berangggapan kumpulan ini tidak lagi aktif atau wujud.

Namun, sangkaan tersebut ternyata meleset apabila Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi telah mengesahkan pengaruh ajaran syiah semakin berkembang di negeri Selangor. Hal ini kerana didapati terdapat pertambahan hauzah (tempat ibadat) di sekitar Selangor dan ini bermakna ahlinya juga bertambah.

Mohd Kamilzuhairi merupakan ketua pergerakan syiah Ar-Ridha yang aktif menyenarkan fahaman tersebut di selangor

Sehubungan itu, seperti sedia maklum syiah merupakan ajaran sesat yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar di mana kepercayaan mereka sangat bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebagai contoh, golongan ini mengagungkan Saidina Ali RA dan keturunannya serta percaya imam-imam mereka adalah maksum.

Selain itu, ajaran syiah bukan sahaja mampu merosakkan sistem sosial Islam masyarakat di Malaysia. Malah, ia juga kini menjadi ancaman keselamatan negara.

Hakikatnya, penyelewengan ajaran Islam, kewujudan kumpulan pengganas dan perpecahan umat Islam akan berlaku sekiranya ia tidak dibanteras kerana itu adalah agenda tersembunyi golongan ini. Kepercayaan ekstrim mereka terhadap perkara syirik dan keganasan merupakan satu ancaman merbahaya di mana ia perlu dicegah serta dihapuskan dengan segera.

Pengaruh syiah di Malaysia bermula  pada tahun 1980-an

Oleh itu, kerajaan perlu menyatakan pendirian tegas bahawa ajaran syiah adalah haram di Malaysia. Hal ini kerana terdapat segelintir kelompok yang mempercayai syiah adalah sama seperti agama Islam sebenar dan menjadi ahlinya adalah tidak salah di sisi undang-undang negara.

Disamping itu, kerjasama pihak kerajaan dan jabatan-jabatan yang berkenaan sangat penting bagi memastikan segala usaha membanteras dapat dilakukan secara berterusan dan habis-habisan. Selain itu, kerajaan dan semua jabatan atau majlis agama juga perlu melakukan hebahan melalui semua medium berkenaan ancaman syiah kepada negara.

Masyarakat kita khususnya yang beragama Islam perlu didedahkan secara menyeluruh mengenai ajaran sesat syiah yang boleh mendatangkan bahaya serta wajar dijauhi. Selain itu, kempen-kempen di IPTA dan IPTS juga wajar dilakukan kerana mereka mudah dipengaruhi dan menjadi mangsa kumpulan syiah untuk merekrut ahli mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here