Sebelum ini kajian telah dilakukan oleh beberapa agensi berkaitan sebelum ini dengan jelas menyarankan kerajaan supaya memperhebatkan penguatkuasaan kepada sindiket penyeludupan yang mencuri hasil negara sebanyak RM5 bilion setiap tahun.

menjelang musim perayaan, penyeludupan mercun sering mendapat perhatian.

Walaupun sempadan Malaysia dikawal ketat oleh pihak penguatkuasa, tetapi kerajaan masih lagi berdepan masalah cabaran dalam usaha untuk membanteras jenayah rentas sempadan. Jenayah seperti pencerobohan, penyeludupan senjata api, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan barangan termasuk ternakan dan haiwan liar sering berlaku di sempadan Malaysia. Pihak berkuasa telah melakukan segala pengawasan, pengawalan dan penahanan individu yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan barangan bernilai puluhan ribu hingga jutaan ringgit, tetapi kegiatan ini masih lagi berleluasa.

Oleh itu, sudah pasti kawasan-kawasan seperti di jeti dan lapangan terbang perlu dijalankan kawalan ketat oleh pihak berkuasa seperti pihak Jabatan Imigresen Negara, Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pihak-pihak yang berkaitan. Tidak dinafikan sudah pasti kawasan sebegini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik seperti pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan kawalan 24 jam di kawasan tersebut namun masih ada kes-kes penyeludupan yang dilakukan dengan perancangan yang amat teliti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Rokok seludup merupakan permintaan tertinggi di kalangan rakyat Malaysia.

Sebab utama masalah ini berlaku adalah kerana kemiskinan dan kesempitan hidup yang menyebabkan segolongan manusia yang naif dan kurang terpelajar ini di dieksploitasi oleh segelintir individu yang tidak berperikemanusiaan. Di samping itu, kurangnya didikan agama dan moral yang rendah menjadi faktorĀ  yang menyumbang kepada masalah ini.Turut membantutkan proses mencegah perkara ini dari berleluasa adalah disebabkan kekangan kuasa yang dihadapi oleh para penguatkuasa.

Justeru itu, impak daripada permasalahan ini, kewibawaan sistem keselamatan dalam negara akan dipersoalkan oleh banyak pihak terutamanya masyarakat dunia jika negara tidak dapat mengekang masalah penyeludupan ini. Oleh itu, kerajaan perlu memandang serius agar sempadan negara kita yang terletak berhampiran Segi Tiga Emas yang merupakan lubuk penyeludupan dadah perlu diperketatkan supaya kredibiliti keselamatan negara tidak terancam dan dipertikaikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here