Saban hari ada sahaja pembaharuan dalam teknologi yang melibatkan pelbagai sektor. Seiring dengan peredaran zaman, kecanggihan teknologi dilihat semakin rancak dan memudahkan kerja manusia. Selain itu, dengan wujudnya teknologi ia juga dapat memastikan pengeluaran produktiviti yang dihasilkan adalah lebih berkualiti.

Sementara itu, kecanggihan teknologi yang berlaku pada masa kini juga dikatakan bakal mengambil alih sektor perkhidmatan. Di sebalik keghairahan kita menikmati kecanggihan ekonomi, ia sudah pasti akan memberi kesan terhadap penggunaan tenaga kerja manusia pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, seperti sedia maklum, dalam menjadi sebuah negara maju kita tidak boleh lari daripada mengikuti kecanggihan teknologi dalam mempersiapkan negara menghadapi revolusi industru 4.0 (IR4.0). Penggunaan teknologi dalam kerja bukan lagi satu pilihan malah ia kini menjadi satu keperluan dan kepentingan dalam peralihan yang tidak dapat dielakkan.

Malaysia di landasan tepat hadapi IR4.0

Sebagai contoh, Syarikat Average Drone Sdn Bhd (Average Dron) telah berhasrat untuk mewujudkan perkhidmatan penghantaran makanan menggunakan dron. Ini adalah salah satu bukti bahawa anak tempatan sudah mula berjinak-jinak dan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi bagi memastikan tidak ketinggalan apabila perlu menghadapi IR4.0.

Di samping itu, dengan adanya teknologi pekerja juga kini boleh menyelesaikan tugasan di rumah tanpa hadir ke tempat kerja. Berdasarkan fenomena perkembangan teknologi, ini membuktikan bahawa bakat kreativiti dan kualiti hasil kerja jarak jauh menjadi keutamaan pada masa akan datang.

Sementara itu, tidak dinafikan bahawa kecanggihan teknologi masa kini banyak membantu dalam menigkatkan kualiti kerja serta mampu meningkatkan penghasilan pengeluaran. Kerja-kerja yang dilakukan oleh mesin sudah pasti mampu bertahan lama dan konsisten serta ia mengurangkan risiko kecedaraan jika dibandingkan dengan tenaga kerja manusia.

Mesin-mesin dijangka atasi tenaga kerja manusia

Justeru itu, rakyat Malaysia perlu sedar dan mula menerima kecanggihan teknologi dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan kualiti kerja. Selain itu, bagi mengelakkan tenaga kerja manusia tersingkir daripada sektor pekerjaan, kita perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tertentu seperti mempunyai kecekapan dalam mengendalikan mesin-mesin dalam memastikan produktiviti tidak akan terjejas. Mahu atau tidak, kita perlu akui bahawa teknologi akan membantu kualiti kerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here