Krisis di antara dua kuasa besar, Amerika Syarikat (AS) dan Iran kini menjadi lebih serius selepas Komander Perisikan Iran Qasem Soleimani dan pegawainya telah dibunuh oleh dron penembak milik AS baru-baru ini. Ia telah menimbulkan kemarahan pihak Iran untuk membalas dendam terhadap kematian Qasem dengan menyerang markas tentera AS di Iraq dan situasi sebegini berpotensi untuk menimbulkan Perang Dunia ke-Tiga (WW3).

Pembunuhan Qaem Soleimani mengeruhkan hubungan AS-Iran

Perang AS-Iran ini bermula sejak AS mengenakan sekatan ekonomi terhadap kerana faktor keganasan dan program nuklear Iran hingga memusnahkan ekonomi negara Timur Tengah tersebut. Berang dengan tindakan AS, Iran bertindak ganas dengan melanggar perjanjian nuklear, mengebom kapal tangki minyak dan menembak pesawat tentera AS. Kini, kematian Qasem Soleimani telah menandakan perang AS-Iran menjadi lebih serius.

Konflik kedua-dua negara ini telah mendapat perhatian dunia kerana bimbang akan tercetusnya Perang Dunia terbaru kerana AS-Iran mempunyai pengaruh bersama negara-negara lain. AS sudah tentu akan disokong Israel, UAE dan Arab Saudi manakala Iran pula mempunyai hubungan baik dengan musuh ketat AS iaitu Rusia dan China.

Malah, impak konflik ini juga boleh menyebabkan harga minyak dunia melonjak kerana Iran merupakan antara pengeluar minyak tertinggi dunia. Sekutu Iran seperti Rusia dan China pula sudah tentu akan melaksanakan sekatan perdagangan yang boleh menjejaskan ekonomi global. Jadi negara kecil seperti Malaysia sudah tentu akan terkesan dari sudut perdagangan disebabkan kenaikan dollar AS.

Iran bertindak balas menyerang pangkalan tentera AS di Iraq

Ini menunjukkan perang AS-Iran bukan sahaja melibatkan dua negara tetapi boleh menjejaskan negara-negara lain. Malaysia juga perlu berjaga-jaga untuk memastikan tiada pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap konflik ini dengan menyerang kedutaan AS atau Iran di Malaysia hingga menjejaskan keselamatan negara ini.

Selain itu, Malaysia juga perlu bersikap berkecuali terhadap konflik ini kerana negara ini mempunyai hubungan diplomatik yang baik bersama AS dan Iran. Pihak Malaysia juga perlu mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencari jalan penyelesaian secara diplomasi untuk meredakan konflik AS-Iran ini bagi mengelakkan mimpi ngeri WW3 berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here